paypermails.com

Saturday 31 December 2011

happy new year!

heyya handsome and pretty peeps.. wishing all of you 


happy new year.. lets 


forget the past and start a new life... (^^,)



okay, tu wish aku utk korang..

2011 dah nak menutup tirai ny tepat kul 12 a.m nie

err azam aku tahun 2012 nie?

hehe.. menyempurnakan azam tahun 2011.. 

azam 2011 ritu ialah menyempurnakan azam 2010.. hahaa

gilak kan? okay, as stated, lets forget the past and start a new life..

alright? no more quarrel, no more sadness, no more negative things


sume yang positive2 je..


negative ----------> no more


positive -------------> yup yup ^_^

lets have a fresh start.. okay guys? 

hehe..


anyway, sekali lagi happy new year guys.. :)

Wednesday 28 December 2011

enjoy this song! :)

okay, td aku duk pilih2 lagu utk masukkan lam slide IT aku..
tetiba tangan aku t'click satu lagu nie..
memang simple lagu tu..
best but penuh dgn ayat2 yang tersirat..
hati sekeras kerikil aku nie pown tersentuh bila dengar lagu tu
so aku pown decide la nak guna lagu tu kat lam slide aku..
mesti korang tertanya2 kan lagu apa yang aku maksudkan td?
let's see..


selamat m'muhasabah diri anda.. :)

Tuesday 27 December 2011

midterm break!

urghh bosan ny cuti midsem nie
xtahu nak buat apa..
em as usual keje aku merapu-rapu tanpa ada hala tujuan
cool sgt aku nie, keje menimbun lagi xsiap, tapi aku boleh enjoy2 gini
bukak cuti nanti, quizzes, tests and assignments menanti
urm what to do.. i'm too LAZY to finish them..
hukhuk
aku x rasa aku je yang LAZY bila duk rumah kan?
korang pown sama la.. 2x5 je ngan aku..
just aku nie double triple lazy sbb langsung xbwak balik buku, works or notes to be read..
hahaha.. that's why la aku cakap i'm cool ! get it? 
actually aku xtahu nak tulis apa kali nie.. but i'm writing here just to waste my priceless time..
yeah.. few days to go before new year..
and yang paling suck nyer, aku dapat tahu, on new year..
i means 1 jan, aku ada class.. maksudny kelas still berjalan macam bese
what the hell camni..
em bukak je cuti nanti, cik sarul, lecturer IT aku nak start buat presentation..
and luckily, aku xbuat pape pown lagi..
oh i got to go now..
i need to settle my IT things.. 
hehe.. mujur la aku duk merapu ntah pape kat sini..
law x, for sure aku x ingat pekebenda yang perlu aku setelkan lam cuti nie..


before aku chow, aku nak tinggalkan something kat sini.. korang evaluate la kata2 aku tu, betul or x.. orait?
hehe.. see you later k..?

 evaluate kata2 nie : anyone can make you happy by doing something special, but only someone special can make you happy without doing anything :) ..

# and i guess it's true.. right now i'm thinking of YOU #

Friday 23 December 2011

guess what?

just wanna tell you guys that..

count sampai 10 dulu laaa..


1

2

3

4

5

6

7

8

9

10


today is.............






MY BIRTHDAY! HEHEE 

#okay, tu je nak tulis#

-kbai-

Thursday 15 December 2011

Janin yg berumur 15minggu hidup didunia



Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat diatas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?

Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….

Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.

















Selepas 6bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitulah kekuasaan Allah bukan?




#besarnya kekuasaan ALLAH swt.. sama2 lah kita renungi kehebatan YANG MAHA PENCIPTA..  ALLAHUAKBAR#

Monday 12 December 2011

merapu x habis2.. hahaha

on9 in makmal bahasa!! 
hahahaha
again and again aku curik2 on9
sementara ustaz xmasuk agy
sat agy masa bahasa arab
sebenarny aku tade idea pown nak type pe utk entry kali nie
aku men type je ikut sedap rasa.. sesuka hati
erm borink erm
masuk sini keje on9 on9 on9
biler erm ustaz nak masuk
erm ary ahad nie ada kuiz IT
ary rabu nie plak kuiz PR
tp what a sad bila dua2 subjek nie cukup menyakitkan aty
satu benda pown aku xpaham
tapi xpe.. usaha tu tangga kejayaan
benda tu sebenarny baca2 je..
tp yela, cara lec tu mengajar have make me sick..
grrr!!!

one good news bout me : i've get back what i've lost before.. hehe
thanks ALLAH for giving me such this opportunity to make it better
i love it damn damn damn much.. hehe..

Friday 9 December 2011

please manage your  PRECIOUS TIME carefully!
stop wasting your time for me anymore..

#i'm not gonna bothering you anymore..#
since this is your wish..
then pls take care of your life..
BYE~


pls leave me alone! 
because i'm not gonna entertain you anymore..

Monday 5 December 2011

curik2 on9!

whoaa!!
aku on9 dekat lab com!
hahah..
actually skunk nie aku tengah belajar nie
kelas public relation
cik shahrul suh kitorang buat slide guna power point
benda nie one of our assignment
senang cite first assignment
tajukny cukup simple
hehe.. i loike!
korang taw x tajuk pe?
topikny anything sal diri kita
simple kan? senang.. aku memang suka bab2 komputer nie
opss time to do my work..
cik shahrul is coming.. hehe
nanti bila free, aku merapu lagi ek kat sini.. hehe
bye2.. 



arghh tension!! hehe..

Friday 2 December 2011

updated!

dah lama aku x menjenguk kat blog aku nie
rindu? err sort of..
kat rumah sewa aku tu wifi xmasuk lagi
that's why la susah sgt nk on9
luckily this week i'm home
so boleh la on9 sepuas hati kot
haha..

kelas for first two weeks nie overall nyer going well
but for finance class.. .urmm kena double triple kan usaha aku kot
yelah, finance tu basic nya accounting, statistic and economy
law setakat statistic tu, for sure aku boleh score [opss t'ujub]
hehe.. nope laa, tp for real, law statistic, mmg kemahiran aku..
kalau economy, i guess okay jugak laa even though bukan minat aku
tp bila masuk bab accounting nie, lemah seyhhh
yelah, aku start belajar accounting nie masa part 1
without basic masa school time nyer..
mmg kena double triple struggle laa
masa part 1 dulu, luckily aku ada friend mmg giler expert accounting..
he's my ex-classmate.. now dah xjadi classmate aku dah..
dah fly to fast track.. 
kalau dia still ada kat sini, mesti dah boleh belajar dengan dia
xkisah la, yang penting aku mesti study leklok subjek cik husnin nie
lecturer kesayangan kelas aku.. hehehehe
utk kelas IT plak, nnt aku kena buat blog
bukan blog yang merapu meraban macam nie
tp business blog.. yang mana kita kena create blog tu jadi business blog
the worst thing now is about public relation (PR) class
fuhh giler giler giler
sepatah haram pown aku xpaham pekebenda yang dia ajar
lecturer tu fresh graduate.. so basically cara dia mengajar for sure laa macam..........................
opss yelah, suara dia giler slow, explaination pown xbanyak..
kitorang yang kena explain kat dia
pekehal cam nie?
siap kena tulis nama besar2, then letak atas meja
pastu stiap orang mesti ada trademark laa
dengan group work yang diberi..
assignments.. what the hell cmni..
but the most enjoyable class is arabic class
memang aku xberapa minat sangat arab nie
tapi yelah.. class tu je yang less stress
ustaz pown sporting.. dah 2 sem kot ustaz ajar kelas aku
LAW pulak? nie masalah jugak..
hafal hafal hafal.. kepala aku nie bukan kepala menghafal
aku nie lebih suka benda yang kira2.. macam statistic.. math keeee..

pape pown, i'll do my best in sem nie..
aku nk try score utk sem nie
tak nak maen2 and be the best!!
chaiyok eja! go go! 

Monday 14 November 2011

hehe ^_^


Mesti korang pun pnah terdengar orang – orang disekeliling korang bercakap tentang hal nie kan dari keluarga,jiran-jiran,kawan – kawan dan sebagainya . sejauh mana kebenarannya ?? hmmm ni kata orang tua – tua tapi nAk percaya atau tak terpulang lerrr .. mungkin yang berpengalaman dalam rumahtangga boleh mengesahkan info nie …  :->
Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.  ^#(^
Tetapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarganya.

i) Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air – kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api – ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin – keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah

Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api

Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin

Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
* Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
* Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.
* Pandai mewujudkan suasana selesa dalam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan


#err, aku anak ke-3.. so api laa.. korang camner? kaji la diri anda sendiri#

Saturday 12 November 2011

santai corner~

okay, today aku nak share something..
kalau rasa nk try, di alu-alukan
BUT! 99.99% aku confirm, tade sorang pown yang akan follow
actually pe yang aku nak mengarut lam entry rini ialah PETUA
some petuaS yang sesuai diamalkan oleh sume peringkat usia
hwakakakakaka
opss btw 18sx only taw
sesape yg belum 18 tu, please.. off entry aku nie
let scroll down! and count sampai 10

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

now... here we go! 20 petua yang boleh dipraktikkan.. hehe


a. Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang
b. Menegangkan Kulit Muka - Stepler Tempat Yg Kendur Tue..
c. Menghilangkan Cagu - Potong Jari Yg Kena Cagu Tue...
d. Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi
e. Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak...
f. Melentikkan Bulu Mate - Pakailer Bulu Mate Palsu...
g. Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut...
h. Mengurangkan Dengkur - Kurangkan Tidur..
i. Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya... .
j. Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum...
k. Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2...
l. Menyegarkan Mate - Tuang Eye Mo...
m. Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...
n. Menghilangkan Kelemumur - Gunekanlah Syampu Rejoice..
o. Menurunkan Berat Badan - Turun Ikut tangga kecemasan..
p. Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket- Jengket...
q. Memerahkan Bibir - Pakai Lipstick arr..
r. Menghaluskan Kulit Muke - Gosok Dgn Kertas Pasir
s. Menaikkan Seri Muke - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangge..
t. Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi


MUAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAAHHA...
JANGAN MARE  DER....


Thursday 10 November 2011

KL versi TERENGGANU

memang power law orang terengganu try nak ckp key ell..
contoh ayat mudah je..

1. eee banyak nyer nyamak, berberang-berang
2. akak, tulun renbus tela 3 butir
3. bro, tulun beli air, belan2 nak g kedai
4. bang, nak rokak sebatang
5. tengah goreng ikan, menepus pulak ikan nie
6. sory, saya tak sengeleng lalu kat sini
7. kenapalah tak royat awal2, kalau tak, boleh saya tulun
8. cantik pokak bunga nie, kalau buleh, nak se
9. abang, nak beli cokelat seringgit, buat samah-samah
10. lamanya tak gerak sampah, daun2 berkuban anyar


hehe. nie la kehebatan orang terengganu kalau cakap guna bahasa standard.. 
korang yang bukan anak terengganu tu MAMPU?? hahaa

Saturday 5 November 2011

HATI ORANG AKU KENA JAGA
HATI AKU SAPE YG NAK JAGA???

#macam bengong bangang je#

Thursday 3 November 2011

result!

cam bangang je result sem nie
study bagai nk rak pown dpt result gitu
nie yg buat aku rasa nk myumpah diri sendiri nie
apakebangang sgt laa otak aku nie
tp aku rasa macam boleh score je final ritu
tp result aku actually tade la teruk sgt
just xley dekan je..
dekan a.k.a DEAN LIST!
sedih dowhhh
mmg sedih
aku pown xtaw cmner nk ungkapkan dgn writing nie
aku bukanny pndai sgt bab2 mengarang ayat nie
erm harapan utk dapat hadiah new handphone dari akak terkubur begitu shj
cheewahh.. ayat macam olahragawan  sasterawan negara x??
hehe.. aku nie bakal pgganti usman awang or a.samad said taw!
cool  x aku?
tp pape pown aku still bsyukur sbb tade repeat paper
GPA aku pown still meningkat kalau nak compare dgn sem lepas
CGPA aku je yg jatuh sbyk 0.3.. tu lah yg buat aku depressed  frust sgt nie
tp still thanks to akak coz bg aku duek..
sbgai support la tuu or senang cite ganti new handphone tuuu
credits to my family especially my parents and sister..
and xlupa jugak kat cm asyraf
dorang2 yg tertulis di atas tu banyak support aku
bg semangat kat aku
smpai aku xlah rasa se fuck  suck macam sem lepas...

thanks to them.. and for sure, i'm very grateful for having them in my life
love you guys.. <3

Wednesday 26 October 2011

kemerapuan ketakhabishabisan..

what??
dah already 26th oct?
means that just couple of days to go bfore final exam's result kuar
oh GOD!
4th nov result dijangka launch out  come out !
hehe. tp actually aku xkisah pown bila2 kuar..
sem nie, aku langsung xrasa debaranny
sama macam masa result part 1 dlu nak kuar..
hopefully result aku utk part 3 nie ley cover balik kkecewaan aku masa part 2 dlu
pray for me k??
erm sem break??
apa yg aku buat?
tade enjoyable activities pown
benda yg sama berulang.. berulang and berulang..
haihh borink borink borink betul
21th nov dijangka kelas utk sem baru bermula...
pasal rumah sewa xterurus lagi
additional 3 housemates diperlukan..
mana la nk cari orang lam masa singkat nie..
fening fening... xpelah.. let the time move, just follow the time je laa
xyah pening2 nk fikirkan... 
skunk nie dah start musim hujan..
kalau xkerana musim hujan, better aku stay rumah je
duit jimat, kselamatan pown tak tjamin..
yelah, law kat rumah, sape nk hantar aku pegi u kalau hujan
abah keje, akak keje.. erm sabar je laa
pape pown, enjoy lu cuti.. pasni baru fikir pe yg patut..

CUTI ---------------------> ENJOY!!

Thursday 13 October 2011

nonsense!

borink erm cuti2 gini..
nak wat pe ek?
aktiviti harian aku same je tiap ary..
bangun, on9, makan, on9, tido, tv, on9, tido..
haihh..
lama2 aku nie boleh diiktiraf sbg penternak lemak yg bjaya
sesape yg rasa nk lemak extra tu.. boleh la contact aku
insyaallah aku akan share kat korang
especially yg a bag of bones tuu..
hahahaha..
erm miss my buddies damn much..
yelah, if ada buddy around me, boleh jugak hang out ke..
apa ke.. activity yg bese dibuat kat kolej tu..
haaa.. ni lah manusia
bila xcuti, nak cuti
bila dah cuti, x bsyukur pulak.. haha
and now aku dapat news..
fuck one..
pe-ke-hal la uitm ni
baru je kot abes final.. 
taw2 4 november ni dah kuar result..
adooi debaran exam baru je chow dari fikiran aku
and now debaran result pulak
arghhhh what the fucking hell laa..
opsss tershashull.. hehe
erm i'm hoping a good result final nie..
hopefully pe yg aku doakan, aku harapkan tu jadi kyataan..

eja ---------------------------------> result lambat lagi.. enjoy luuuuuuu.. haha

Sunday 9 October 2011

cuti sem bermula!!

yeah! sem break dah start. 9/10 kul 11 a.m i'm officially free!
yeah! happy! after a whole sem yg mmg terrible for me..
fuhh luckily aku dah tamatkan sem 3 nie
21/11.. dijangka tarikh nie aku stat sem 4..
hmm pejam celik pejam celik da 1 tahun lebih aku stay kat uitm nie
mmg dihatiku la sangat..
haihhhh..
eja, sem depan stay umah sewa ekk..
huh.. em ada benefit jugak stay rumah sewa nie
ley try survive sendiri. mcm orang besar2 dah.. hahaa
ley gain experience..
tp disadvantage dia banyak woo...
dengan safety lagi yg xterjamin..
money money money
mmg parahhhh laaa financial aku sem depan
adooiii mane la nk cekau duit banyak2 niehh..
hmmm.. pening pening pening..
sem break kali nie almost 2 months jugak laa
em rasa cm nak keje je...
borink kot asyik makan tido lappy tv
mternak lemak jeee...
p susah kot nak cari katne tempat yg nk guna part-time employee
stakat yg aku taw.. mostly nk permanent employee..
emm GOD please help me to overcome my problems
always cross over in my mind..
pape pown, mls nk pk pnjang2
let the time flow.. n i'm just praying for it..

sem break ---------------> START NOW!!

Thursday 29 September 2011

blog update!

     lama dah x update blog..
nak wat cmner..
bz ng exam..
1 more paper to go, then i'm free!!
sem nie akak aku janji law aku dapat DL (dekan) utk final nieeeeeeeeeeeeee...
guess what??
alah guess la pe yg akan aku dapat...
hehehe..
i'll get a new handphone..
sponsored by her. wow!! cool!
hopefully dapat DL lar sem nie...
bley baiki result, then bley new handphone 1..
hehee..
ouhhh i got a news..
bad one!
what the hell??
aku xdapat kolej?
cmner nie??
aku nk stay mane sem depan?
xkan nak bkhemah depan u kot..
giler betul..
dah 3 sem aku stay kat kolej tu..
alih2 sem depan kena kick out...
memang teruk cmni.. kelas sem depan dah la banyak start kul 8
teruk betul..
sakit ati!!
sampai demam aku.. gara2 xdapat kolej. .
f*ck sial~

Thursday 15 September 2011

alamaak!! final!

now dah masuk study week. isnin nie bsamaan 19/9 dah start paper aku
paper ctu tuhh
carry mark pown boleh tahan tingginy
so aku mmg aim utk A lar utk paper nie
hopefully aku bjaya laa sem nie
bjaya naikkan balik pointer aku yg down sem lepas tu
aku rasa mcm singkat sangat masa 
yelah kejap je dah final 
padahal aku rasa baru je agy kuar result sem lepas
puihhh mcm sial lor
opsss ter-maki plak kat sni
hihi
em tp seriously mmg masa skejap je blalu
pejam celik - pejam celik
sem depan aku dah masuk sem 4
pdhal baru je agy aku msuk part 1 rasany
betapa pantasny masa blalu
huhu

pray for my best! eja, chaiyok. .you can do it well! :)


final exam!!

19/9  monday : bel 311 (2.15-5.15) 
23/9 friday : eco 211 (8.30-11.30) 
25/9 sunday : ctu 241 (9.00-11.00) 
27/9 tuesday : qmt 181 (9.00-12.00) 
9/10 sunday : mgt 269 (9.00-11.00) 

chaiyok2! do your best eja! :)

Tuesday 13 September 2011

ouhh study week sudaahhh!

alamak!
skunk nie dah masuk study week..
today last classes for this semester..
means that i've to face with the final exam sooner!
oh my GOD!
kejap erm rasa sem nie.. adooyai..
tp kannn.. eventhough skunk nie dah study week, but presentation and test still ada
sooo? pe gunany ada study week if kitorang kne struggle n do ur best in presentation yg carry marks xseberapa tuu??
HAIHH!!
isnin nie (19/9) dah start paper first..
bel pulak tuuu
pekebenda yg aku blajar bel sem nie aku pown xtaw.
cilakak betul laaa..
ouhh time to studying ECO!
ada test khamis nie. esok plak ada presentation CTU..
guys! wish me luck okayhh!!

nytez peeps.. muahx muahx muahhxxx :D

Monday 29 August 2011

esok raye????

esok dah raya??
skejapnye mase blalu
rasany cam baru je bpose...
hehehe..
papepown mintak maaf kat sume yg kenal dri aku
harap korang maafkan sgala kesalahan aku kat korang ek
raya nie aku pkai baju kurung warna feveret aku..
HITAM!!
yeay!!!
hehehe..

ad sesape yg ada extra money x? 
boleh bagi duek raya kat aku. hehe
walaupun kemeriahan raya tahun nie xtrsa sangat n aku pown xtrase nak raya
nie sume kes abang ksayangan aku xbalik raya tahun nie.. 
sedeyyyyyyyyyyyyyyyy wa cakap luuuuuuuuuuu...
tp yelah, mghormati syawal kangggg
so enjoyyyyy!!
bukak cuti ada test.. final just around the corner
tp xpe, rest my mind first..
enjoyyyyyyyyyyyyyyy duluuuuuuuuu.. hehee

pape pown, in short entry kali nie, aku ucapkan 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Friday 26 August 2011

ary bibik serumah! haha

letih giler ary nie
awl2 pagi dah kene bangun
then kemas rumah
pastu tidorrrrrrrrrrrrrrrr

bangun je tido mandi smbahyang then on9
pastu break kejap smbahyang
pastu g blajar buat tomyam merah dengan ma
then siap wat tomyam, wat belebat jagung plak
pastu gulai patin plak
then g umah tok
g kedai
balik umah
layan lagu+msg+on9 pulak! haha

nie lar jadual aku seharian ary nie.. letih urm..

WHAT A TIRING DAY!

Thursday 25 August 2011

kawan.. :)


1) kawan tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..

2) kawan tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..

3) kawan tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..

5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6) kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

7) kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..

9) kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.

10) lagi…..kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan..bagi saya, kawan tu penting.Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya.Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya…

Thursday 18 August 2011

sedih giler cite nie.. :(


Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"


Ateh  menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."


Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , " Mana mak ?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    


Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan " Mana Mak? "  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa . Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


sementara masih ada mak...balik lah raya...hati tua tangan berbuluh menanti kita di desa....