paypermails.com

Monday 29 August 2011

esok raye????

esok dah raya??
skejapnye mase blalu
rasany cam baru je bpose...
hehehe..
papepown mintak maaf kat sume yg kenal dri aku
harap korang maafkan sgala kesalahan aku kat korang ek
raya nie aku pkai baju kurung warna feveret aku..
HITAM!!
yeay!!!
hehehe..

ad sesape yg ada extra money x? 
boleh bagi duek raya kat aku. hehe
walaupun kemeriahan raya tahun nie xtrsa sangat n aku pown xtrase nak raya
nie sume kes abang ksayangan aku xbalik raya tahun nie.. 
sedeyyyyyyyyyyyyyyyy wa cakap luuuuuuuuuuu...
tp yelah, mghormati syawal kangggg
so enjoyyyyy!!
bukak cuti ada test.. final just around the corner
tp xpe, rest my mind first..
enjoyyyyyyyyyyyyyyy duluuuuuuuuu.. hehee

pape pown, in short entry kali nie, aku ucapkan 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Friday 26 August 2011

ary bibik serumah! haha

letih giler ary nie
awl2 pagi dah kene bangun
then kemas rumah
pastu tidorrrrrrrrrrrrrrrr

bangun je tido mandi smbahyang then on9
pastu break kejap smbahyang
pastu g blajar buat tomyam merah dengan ma
then siap wat tomyam, wat belebat jagung plak
pastu gulai patin plak
then g umah tok
g kedai
balik umah
layan lagu+msg+on9 pulak! haha

nie lar jadual aku seharian ary nie.. letih urm..

WHAT A TIRING DAY!

Thursday 25 August 2011

kawan.. :)


1) kawan tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..

2) kawan tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..

3) kawan tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..

5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6) kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

7) kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..

9) kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.

10) lagi…..kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan..bagi saya, kawan tu penting.Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya.Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya…

Thursday 18 August 2011

sedih giler cite nie.. :(


Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"


Ateh  menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."


Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , " Mana mak ?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    


Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan " Mana Mak? "  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa . Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


sementara masih ada mak...balik lah raya...hati tua tangan berbuluh menanti kita di desa....

Wednesday 17 August 2011

yeah! finally! :)

finally, drama arab dah done. wow, cool! suke2. da lama aku terseksa disebabkan drama arab nie. semalaman aku xtidur semata-mata nak setelkan n burn kan movie aku tu lam vcd. giler stress. xterurus hidup aku seharian.

sebab drama arab nie jugak, aku ponteng kelas BEL, knape? sbb nak cover tidur and refresh balik mata aku yg memang dah xley nk bukak gara-gara langsing xtidur. giler kan? so aku cover tido smpaikan ary nie aku bgun kul 2 p.m. giler! mmg giler! hahah..

mjurlah once bile aku submit je cd aku tu, sume beres. sound clear, xde noise pape. alhamdullilah, thanks to ALLAH. mcm pelakon arab pulak aku nie. hahaa.. tayangan video nie ary selasa malam minggu depan. sape2 yg dekat2, ley la gi tengok drama aku tu. nerd siot!! hahah...


Tuesday 9 August 2011

merapu meraban tatkala stress~

adoiii quite stress lol this week. byk keje yg not done yet, drama arab xabes agy shooting, project questionnaire pown xde hala tujuan lagi, dengan kuiz n test nyer, assignments.. nanti nak sunting drama, masukkan subtitles, burn lam cd, print cover cd, and mcm2 lagi.

skunk nie pulak dah masuk bulan ramadhan. time move too fast lol for this sem. aku rasa as if time left me too far behind. pejam celik pejam celik, sebulan lagi dah final, padahal aku rasa cm baru je masuk sem nie. thanks god coz aku bley survive duk kat sini, kat kolej nie, kat bilik nie eventhough muka2 baru yg jadi rumet aku. they quite funny, supporting and giler cool. sempoi habis wa ckp lu. haha.. aku pown xsure samada sikap dorg yg sempoi tu yg byk bantu aku utk adapt dgn dorg or sikap aku sndri yg bantu aku survive kat bilik nie. pape pown, i love you, guys! terbaekkkkkkk!!

ramadhan gini reminds me a lot bout my previous roommates yg dah share 2 sem with me. everything and anything.. rindu saat manis kitorang gelak sama2, lepak2, tidur sama2, makan sama2 and mcm2 lagi la. i miss nurul fatihah, ain mil and izy rahman damn much! entah bile la kitorang leyh ulang balik detik tu. urm mustahil.. iye lah, cmner nak ulangi balik sbb teha dah pegi SPA kat nilai, futher in medical lab technology, ain ng izy plak dah xstay hostel, dua2 jadi non-residents. n law jumpa pown, scara kebetulan gitu je.


our memories.. ^_^





i miss you guys, my previous roommates!! friends forever!! iloveyouguys!!

Wednesday 3 August 2011

hmm lama dah x jenguk blog aku nie. dah berkulat n bdebu dah pown. hihi. bese lar, time cuti, merungut takde keje, time kuliah plak byk tests, assignment, projek yg kena setelkan. test test test.. tu la kehidupan aku sbgai seorang student..

esok test.. esok aku ada test MGT. ntah pe ntah yg perlu aku bace, aku pown xtaw. taw2 je, sume chapter masuk. pdhal law lam kelas tu, sejam duk lam tu, aku rasa cm sehari duk kat bulan eventhough aku xpenah smpai ke bulan.. esok, ntah pe la yg aku nak jawab.

lecturer aku tu plak tiap kali masuk kelas, takde nyer dia nak ajar bnda yg bkaitan ng syllibus ktorang. mesti ckap sal bank2 yg penah dia keje before jadi lecturer dulu laaa. ktorang nie dengar, then layan maen angin dia je laa.. hahaha. bese laa, amek aty dia. haha, padahal satu benda pown yg dia ajar ktorang xpaham.. dah la test nie ada satu je, tu pown mrangkumi kuiz n test skali. takde backup test, law kau fail, nasib badan la bhai.. huhu..

pape pown, please pray for me and wish me luck for tomorrow.. ^_^