paypermails.com

Sunday 18 November 2012

pheuwww

baru je konon2 semangat nak update blog, tetibe mood hilang entah ke mana. argghhh.. okay la, out dlu.. tido lagi bagus. bye~


p/s : keep repeating the same things.. and yes, i'm getting boringgg.. ptuihhh.. pape je la. malas nak pikir.

Saturday 17 November 2012

mari berfikir !


bila dah bosan, nie lah keje aku. duk google sana sini cari information, bahan yang boleh dibaca untuk add knowledges aku. aku nie xberminat sangat kalau baca fakta2 yang ada lam buku tu, aku lebih prefer mengadap laptop nie dari siang ke malam untuk add ilmu aku. gilaaaaa.. hukhuk.. sebab tu aku lebih suka baca notes lam bentuk powerpoint slideshow berbanding printed notes. 
eh entah pape ntah aku duk merapu. haaa tujuan entry kali nie just nak share dengan korang pasal benda yang aku rasa amat menarik untuk disharekan bersama. guess what?? tadaaaaaa !!!! 

Koleksi Gambar Manusia-Manusia Pelik Dari Abad Ke-19


hah korang pernah terfikir adakah benar manusia pelik-pelik zaman dahulu memang benar-benar wujud. kat bawah nie merupakan koleksi gambar milik Ronald G Becker yang menggabungkan hasil fotografi milik Charles Eisenmann, Frank Wendt dan ramai lagi yang pakar dalam mencipta dan memasarkan gambar ahli circus di New York pada abad ke 19
Kebanyakan gambar peserta circus dibawah adalah asli tapi ada juga sesetengah yang direka oleh boss circus untuk menarik perhatian orang ramai bagi menonton circus miliknya itu. haaa aku malas jugak nak taip panjang2, mata pun dah suruh aku tido nie. so biar gambar yang bercerita okayyhh? 
HERE WE GOOOOOO ~~~~~~~


P/S : KEPADA SI DIA, TOLONGLAH BERUBAH DEMI KEBAIKAN KITA BERSAMA... HANYA ITU PINTAKU.. :'(

Sunday 4 November 2012

kembali menjengah..

hai hai dearies..

rasa macam dah lama aku x bukak blog aku nieh. hehe. bukannya apa. haritu duk busy pasal final exam, now duk busy pasal part time job pulak.. almaklumlah sekarang nie aku quite busy.. kerja pun office hours, it needs me to wake up early in the morning and surely ia akan force aku utk sleep early at night kan? haaa.. kadang2 lepas isyak aku terus tidur, letih sangat la tu kerja office. alah poyo je aku kan. hahaha..

okay, tu bukan tujuan aku masuk kaki kanan dalam blog aku harini.. haaa i brought a story to be shared with my readers.. guess what? first of all, i would like to say congrates kat ex-rumet aku nadia abdullah.. why? hehe sebab dia bakal menamatkan zaman anak dara dia dengan jejaka pilihan hatinya.. semoga dia dan pasangannya kekal hingga ke anak cucu.. amiin... haaa anish pulak bila?? budak anish nie pun ex-rumet aku jugak.. huhu

next, lets move to kehidupan aku nowadays.. a bit tiring, sebab terpaksa ulang-alik ke tempat kerja sejauh hampir 20km, i guess.. tapi kerja okay la, at least boleh bg aku experience before aku masuk ke alam pekerjaan.. duit pun masyukk kan dari duk saja2 ternak lemak. hehe.. badan aku pun dah rasanya macam da naik.. almaklumlah kerja aku duk makan je lam office tu. haihh.. pape pun, workers sana sume okay, supporting and kecoh lah. hahaa.. but i likeee, at least aku x yah la jadi fake kat sana.. 

dalam enjoy bekerja nie, timbul pulak masalah yang aku mmg sakit hati+xleh terima.. ada manusia yang kutuk aku dalam twitter. dia ingat mentang2 aku xde account twitter, aku x tau perkembangan+ dia update ape yang berkisar pasal aku. eh sorry weh, aku ramai spy kot yang follow mg tuh.. so sila beringat lah ye before nak kutuk2 aku tu.. i know lah sayang.. =))

so kesimpulannya kalau nak benci aku ke, nak fitnah aku ke, kutuk or even nak hipokrit depan aku pun, please lah, jangan nak tunjuk innocent depan aku nanti yee.. bila berbuat baik dibalas tahikk tu namanya tak tau nak hargai budi yang diberi. orang macam nie biasanya akan menjadi parasit dalam diam. I HATE LOSING FRIENDS JUST BECAUSE THEY GOT INTO A RELATIONSHIP..

p/s : appreciate those who love you. help those who need you.forgive those who hurt you. AND forget those who leave you.. :)

# and for you : 
you said you'd never change, what happened.. :'( #

Thursday 20 September 2012

kebosanan

hey guys.. kejap je masa berlalu.. pejam celik pejam celik, sekarang dah masuk musim final exam. ohmaiii.. kejapnya masa bergerakk.. maknanya sem 5 dah nak masuk penghujungnya. wahh kiranya ada satu sem je lagi aku kat diploma level nie.. hmmm.. maksudnya masa utk bergumbira bersama kawan2 BM1115A dah nak habiss.. enjoy till the last breath in uitm. haha..

aku malas nak taip panjang2. sekarang dah masuk study week. aku pun kena start struggle untuk exam nie. almaklumlah first paper aku 2hb october, malaysia economy.. last paper aku pulak dalam 29hb october camtu laa. sem nie pulak aku ambik muet.. tapi a bit frust jugak laa, sebab aku xdapat dekat sekolah pilihan aku.. aku choose SMK Bukit Tunggal, alih2 dapat kat SMK Sultan Ahmad. hukhuk..

tapela, wish me luck for my MUET and final too.. LOL *lots of love* muaahhx. chow.. ^_^


p/s : kat bawah nie ialah kata2 yang sedarkan aku yang kita x perlukan orang yang x memerlukan kita.. 

surround yourself with people who know your worth. you do not need too many people to be happy, just a few REAL ones who appreciate you for exactly who you are.. ;)








TO THOSE YANG AMBIK FINAL EXAM MACAM AKU JUGAK, WISH YOU SELAMAT BERSTUDY WEEK AND HAPPY BERFINAL.. HAHA *hancus grammar*


Saturday 15 September 2012

okay. dah lame rasanya aku x jenguk blog aku nie. bukannya ape, just masa mencemburui aku. cheewahh.. tade laa, actually tersangatlah sibuk dengan pelbagai test, assignment, group projects dll.. okayy dua hari lepas bersamaan hari khamis, aku ade exhibition product innovation. curious ape tu? haa still remember x entry aku yang lepas2? yang aku story sal satu benda tu namely MASTER BROOM.. hah? tertanya2 amende tuhh? haa korang boleh tgk gmbar kat bawah.. heee :)



okay, dah tau dah ape benda tuu? korang boleh zoom utk besarkan description pada banner tuhh. hihi. bajet kitorang untuk siapkan menda alah nie secara kasarnya lebih kurang RM160.. woahh.. banyak gilerr. kalau buat makan, 3 minggu dah perut kenyang. haihh

okay lah, tu je. actually aku mls nak menaip. ngantuk lah. zzzzz.. tido dlu.. padahal baru je bangun tido. almaklumlah semalam aku tido 4 am sbb nak siapkan report HR. tu pun banyak lagi kerja yang tertangguh. minggu depan dah last week utk last class. that's why la effort kena lebih. haha. okay la. chow. good afternoon dearies.. :)

Friday 31 August 2012

dugaan bulan syawal..

hoho.. da lame aku x update mende alah nie.. bukannya ape.. hari sabtu minggu raya tu aku dah start sakit sebenarnya.. sakit yang aku sifatkan paling teruk yang pernah aku alami.. kenapa? sebab kerana sakit tu, badan aku dh jadi kurus.. ( mengikut pemerhatian dan pengaduan orang awam la tuu.. bukan aku yang perasan okeyy! ). aku syg wooo lemak aku tu.. :'(

camne la lemak2 tu x hilang, hampir seminggu keje aku muntah dgn cirit je.. asal makan, muntah. minum muntah. makan ubat, muntah. minum air pun muntah. air zamzam pun aku muntahkan balik. sampai kosong perut aku pun tetap muntah. inject dah sana sini, dua2 belah lengan aku kena inject, masuk air la, masuk ubat la, antibiotik la, ubat tahan muntah la, ape laa... pdahal sakit x baik2 pun.. lebam kat tangan aku nie haaa still membiru lagi, xhilang pun lagi. haihh. kesian kan kat aku.. :(

okey, tutup isu lemak.. tertanya2 aku sakit ape yang kedengaran nazak sangat tu? aku kena food poisoning, jangkitan kuman dalam dalam, masalah pulak dengan buah pinggang dan kekurangan air yang terlampau dalam badan.. haaaa camner leh jadi banyak sangat penyakit tuh?? aku pun heran, sedangkan selama nie aku sihat wal afiat je.. kena pulak admit kat hospital. kawan2 ramai merungut x sempat gi melawat, aku dah mintak discharged awal.. sorryy la sayang2 sume. bukan tanak tunggu you all kat hospital tu, tp bagi aku hospital itu tempat yang paling menyeksakan!! panas! xleh minum ais!! toilet jauh!! urghh xsuke!!

baik aku stay kat rumah. hampir seminggu aku terlantar kat tilam tu, mujurlaa ada dua orang bidadari kesayangan aku yang setia nak jaga aku. layan dan belai aku macam anak kecik. sungguh rasa sangat disayangi dan diperlukan.. nak tahu gerangan bidadari yang aku maksudkan tu? mestilah bonda dan kekanda tersayanggg.. dorang x jemu2 jaga aku, abah pun sama.. thanks to family aku sebab bersusah-payah nak jaga aku sampai laa aku rasa dah sihat sekarang *padahal badan still rasa lemah*.. tapi aku rasa 'bertenaga' macam KUAT HARIMAU.. hahaha..

thanks jugak kepada cm asyraf sebab ambik berat pasal kesihatan aku, belebe bila aku makan mende2 yang mengarut (sebijik macam akak aku).. tapi aku tahu, baik cm asyraf ataupun family aku, dorang jaga pemakanan aku bukan sebab nak seksa aku, dorang just nak aku betul2 sembuh, nak tengok aku cergas macam sediakala.. thanks to all.. <3

okay tu je, now aku nak bukak buku eco. study utk test eco hari isnin nie. ahad ade presentation, isnin test eco, selasa quiz hr, rabu test finance.. COMPLETE WEEK.. HAHA! adiosss. bye


Thursday 23 August 2012

impian akuuuu

hye peeps. guess what? today aku ade something yang aku rasa amat2 comel, menarik, memikat hati dan berjaya buat hati aku tertawan.. impian aku sekarang ialah nk jelajah something, berada dan berjalan di atas benda yang aku cakap sangat2 membuat aku x lena tidur.. tapi entah bilaa laa baru aku dpt menjejak kaki kat sana. impian orang lain kalau kahwin nak gi honeymoon kat paris, london, china, singapore, jepun, korea and so on, tapi impian aku sekarang just satu. aku nak pergi kat Cherrapunji, INDIA.. 


guess why? sebab first time aku jumpa gambar2 yang bakal aku share nnt, aku dah rasa macam terpanggil nak pegi sana. hihi. gile kan? tapi tu la kebenarannya. aku harap my 'abang' nanti x keberatan nak bawak aku pegi honeymoon kat sini, kalau ada rezeki lebih laa. hahaha. cepat je aku pasang angan2. mintak maaf laa, aku nie memang suka benda pelik2 pun. haaa jangan terkejut kalau aku cakap aku nak burung hantu and tenggiling untuk hantaran aku. okey, gurau je, kalau ade, letak sekali atas dulang hantaran, kalau tade, kira hutang laa binatang dua ekor tu. pas kita ambik lesen peliharaan tenggiling, baru kita cari sama2 tenggiling tu.. 

*kita refer to aku dan husband aku.. readers terkecuali. haha*

okay, back to tempat special yang aku cakap tadi. aku dah boleh bayangkan if aku dengan husband pegi honeymoon dekat sana, nnt kitorang akan bawak balik binatang2 dan harta benda yang ada kat hutan tu. amat2 berbeza dengan orang lain yang melancong kat aussie ke ape ke yang bawak balik pelbagai branded things utk relatives dorang. haha. mesti best kan? yelaa, lain dari yang lain. hahaha..

alaa nak takot ape, dah terang2 lam gambar tu ade manusia kat sana. siap peliharaa ikan yang cantik mantik tu lagi. sebijik macam ikan tilapia kott. hoho. macam la tilapia ade kat hutan india. haha. kat tempat tu sebenarnya diberi nama jambatan akar yang dibuat dari akar pokok Ficus elastica. Pokok ini menghasilkan satu siri akar menengah dari yang lebih tinggi sehingga batangnya dan selesa boleh perch di atas bongkah batu besar di sepanjang tebing sungai, atau walaupun di tengah-tengah sungai itu sendiri. Untuk membuat akar pokok getah yang tumbuh dalam arah yang betul Khasis, iaitu suku kaum di Meghalaya, menggunakan batang pinang, dihiris turun tengah-tengah dan lubang, untuk mewujudkan sistem akar- bimbingan. Nipis, akar tender pokok getah, dihalang daripada membesar secara lurus. haaa tu lah sebenarnya yang dipanggil jambatan akar.. menarik kan?? :D

kalu duk tunggu aku meraban memang sampai esok laa x tershare gambar2 tu. okayy laa, aku stop kat sini. enjoyy laa tengok tempat idaman aku nie. hihi.. semoga impian aku jadi kenyataan.. AMINN.. :)














SUBHANALLAH, CANTIK BUKAN? :)

P/S: Setiap hidupan di dunia ini selain dari manusia sentiasa berzikir memuji Allah SWT tanpa henti siang dan malam. Ini la sebabnya hati kita sentiasa tenang dan damai apabila berada di tengah alam.

Sumber: Slightlywarped

Monday 20 August 2012

happy eid..

hello there.. :D

erm aku terlambatkahh? err i guess not laa. bukannya ape, aku just nk wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.. :)

raya kan sebulan.. so aku kira xlambat laa nak wish kan? aishh xkan terima wish aku je.. duit raya mane? -_-
just kidding, tapi if nak bagi betul2 pun ape salahnya. hihi.. start aku balik, aku langsung x sentuh buku, or even assignments. padahal once bukak mid sem break nnt, berlambak tests and quizzes dah queue nak amik part utk dera hati, jiwa, perasaan dan limpa aku. haihh.. penat dowhh..

oh alamak! ada orang baru datang beraya tuuhh. kena offline sekarangg. aishh baru kesempatan nk berehat, orang dah datang lagi. see youuuuu later. muachxx. 

SELAMAT HARI RAYA, guyss!! adioss.

Tuesday 14 August 2012

iftar..

okey, da lame x update kan? haaa.. now i update, sbb i da ade siket mase terluang. hihi.. actually aku baru je lepas habis kelas malam. kelas HR.. tapi kelas malam nie just gi amek attendance, miss aisyah cakap bila pasal assignment and tarikh kuiz. pastu kitorang pun start cite2 and bukak storyy sal HANTUUUUU.. kitorang pun ape lagi, da tengah mood2 raya camni, memang laa malas nak belajar, so layan je laa crita hantuu dia tu. sambil2 tu aku main2 angin sikit, buat penyedap rasa dan selera. hihi

okayy, tutup sal cite tadi. aku nak share sket pasal 'iftar with classmates BM1115A' smalam. kitorang buat iftar kat batu buruk. enjoyable laa.. yelaa, nie kali terakhir kitorang berpuasa sama2. pasni tade da puasa2 nie, sem depan kan bukan bulan puasa dah.. aku pun malas nak cite panjang2, so layan je laa gambar2 kat bawah nie.. 











okay, tu je utk kali nie. SELAMAT HARI RAYA, guysss.. and me loves you, dearie.. <3

Tuesday 31 July 2012

updated !!

arghh akhirnya tamat jua tests yang sangat memenatkan kepala hotakk aku.. errk test ape? for sure laa test yang melibatkan subjek2 membaca nieyhh.. sakit jiwa betul laaa dengan kedua2 test tuuu.. bermasalahhhh!! tapi, aku da cuba yang terbaik, insyaAllah hasilnya akan memberangsangkan akuu.. okeyy, harini da masuk hari ke brape ntah ramadhan, aku malas nak kira.. yang aku tahu, raya dah x sampai sebulan je lagi. hihi..

malam ni, mood aku agak kurang baik. yang jadi mangsa nya for sure la cik abang cm kita... kesian dia, jadi mangsa keadaan aku.. mungkin stress pasal test human resource tadi kot, jadi aku xleh nak kawal perasaan rezak tuu lalu TERLEPAS laa kat dia.. haaaa tamat cite tuu.. now aku nak buka cerita lain.. yang nie for sure laa empunya blog yang cantik manis anish nie akan jeless.. hehe.. guess whyyy?

sebab esok pagi dalam jam 2.30pg sok aku attend majlis bersahur bersama RTM kat UMT.. xramai pun dak u aku yang join, just 20 orang je wakil dr u aku. dan kebanyakan manusia terpilih itu adalah dari kelas akuuu.. aku nie one of them laa. esok sepanjang sahur tu akan disiarkan secara langsung rasanya.. alaa aku x kisah pun benda program nie on air ke x, YANG PENTINGGG seme yang join benda nie dapat duit.. hihii

memangla pihak RTM xbagi cash duit kat tangan, dorang bank in duit tu.. tapi terkejut jugak aku bila member aku yang uruskan benda nie cakap sape2 yang join tu, RTM bagi duit RM100.. haaa sebab tu laa aku join benda tu, padahal hari khamis tu kelas kul 8 straight sampai 12.. hukhuk. memang mati la mata aku. mesti sejibik macam mata panda nanti.. -_-

sebenarnya dak kelas aku pakat join benda alah nie sebab duit tu je. alaa mane ada orang senang2 nak dapat duit banyak tu tanpa perlu buat apa2, just gi attend program sahur tu je... majlis tu dijangka start kul 3 lebih dan habis kul 5 lebih.. lame kan? tapelaa, lau ngantuk sangat esok, tido jela depan makanan tuu. hahaa. tapi yang x best nye kena pakai baju kurungg!! hwaaaaaaa gile ape pakai baju kurung pagi2 buta pegi sahur.. kena kumpul kat depan kolej lam 2.30pg.. adushh mujurlaa kawan aku yang non-resident jugak turut sama join benda nie. dia laa yang datang ambik aku kat rumah aku nie..

panjang lah pulak aku taip malam nie. penat dah weyyhh. nak wat assignment critical thinking pulak nie. nie laaa kehidupan seorang student business.. hukhuk..

GOOD NIGHT.. BYE~

Tuesday 24 July 2012

warghhh rezakk!!

adushh aku baru je berazam nak jadi baik, kurangkan siket baran aku nie once masuk je bulan puasa nie. tapi hampehh je.. memang dari semalam lagi aku rezak! whyy? sbb ade manusia yang REMBAT, GUNA, PAKAI selipar kesayangan aku tanpa kebenaran ! weyy aku x suke orang lain pakai selipar tuuu, mahal woii.. aku just xkisah lau parents aku yang pakai, tapi lau orang lain yang pakai, memang aku hangin satu badan..

nampaknya azam aku tanak marah2 dah akhirnya hancur berkecai lam sekelip mata. semuanya gara2 ade manusia yang x beradat yang main amek je.. sampai aku nak turun pergi restoran untuk buka puasa pun kena pakai selipar formal yang aku pakai time hari korporat or time gi kuliah. what the hell camni.. 

wey duit kau tu kan BANYAK! beli la selipar yang harga rm2 tu.. selipar jepun pun comel ape.. dulu time aku sekolah, gi kelas tambahan, pakai selipar jamban yang kaler hitam tu je. memang sakit hati bila kita beli barang utk kegunaan kita, tapi DIGUNAKAN oleh orang lain tanpa kebenaran kita, nak2 pulak time kita memang nak pakai selipar tu.. oh lupe, memang aku beli selipar tu KHAS UTK KAU PAKAI PUN KANNN ????!!!!

arghh spoil mood aku time berbuka td. btw aku berbuka td makan mi bandung.. hihi. special punyer akak tu buat utk aku harini.. pekat gile kuah dia. beshhhh wa cakap lu.. <3 

okeyy la, aku nak belek sket nota organizational behavior ( OB ).. almaklumlah hari isnin nie ade test OB. selasa malam pulak ade test human resources ( HR ).. sambil2 tu nak layan MAEL LAMBUNG.. adioss~

Friday 20 July 2012

luahan hempedu berulamkan jantung pisangggg.. :p

heyy guyssss !!

haaa da berhari2 aku menyepi dari merapu kat sini kan? almaklumlahh minggu nie busyyy sangat2.. aishh bukan busy buat2 busy laa, tp memang bebetul busy.. ary rabu test ECO, khamis test FINANCE.. tengahari tu pulak ade talk.. talk nie kelas kitorang yang organize.. sbb tu la agak busyy.. okey, let bygone be bygone..

haaa harini ade modul. modul FINISHING SCHOOL tajuk dia.. haa bak kata kawan2 aku, sekolah dah habis so jom koyak rabakkan bajuuu.. weeeee~ okey, sbnarnya dorang tu merapu je. korang pun mesti xpaham merapu dorang yang ntah pape tu kan? haha same la kita, aku pun xpaham. just ye ye kan jelaaa.. *main angin la katakan*.. aku nie memang expert bab2 main angin nie.. hahaha.. 

harini aku sakit hati kat orang, sape orang tu, bia la rahsia.. cm asyraf pernah ckp kat aku, 'buat ape aku nak jaga hati, perasaan, hempedu, limpa, jantung dan organ dalaman orang yang xpernah nak jaga hati aku?'.. fhatin dengan hanim pun ade cakap camtu... haaaa sape pulak watak fhatin dan hanim nie? dorang nie classmates akuuuu.. dorang nie pendiam dan x banyak cakap TAPI dengan aku, mesra je dorang nie.. haaa dorang nie baik jugak tau.. hihi.. thanks fhatin sbb tumpangkan aku kat bilik dia td. hihi.. <3 *harap2 dorang xbaca pe yang aku puji dorang nie.. hahaa*

tapi lepas tengok depan mata dorang td (mase tu kitorang tengah lepak sama2 smentara tunggu break lunch modul finishing school nie), dorang pun ade cakap benda yang sama kat aku.. tp aku bia jelaaa, dah terbiasa.. sekarang aku dah malas nk pikir pasal orang lain.. kita mmg x dapat nk puaskan hati seme orang.. even sebaik mana kita pun, tetap ada manusia yang x sukakan kita.. it's okayy.. and i, i prefer to be myself ! myself ! and yes! myself !! 

errkk sebenarnya bukan hal nie yang aku nak update arini.. sbenarnya tujuan aku enter blog aku nie, just untuk wish kat korang sume..................


SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA.. :)

Sunday 8 July 2012

BUZZ!!

heyya friends...

stress betul la dengan subjek creative and critical thinking nie. banyak sangat kerja.. hmm.. banyak sangat assignment and projek yang kena buat as if lecturer tu ingt subjek dia je yang kitorang ambik sem nie. and now aku tgah bertungkus-lumus buat 3 presentation untuk dipresentkan pada ESOK hari. wahh heaven giler rasanya.. bagi ketiga2 tasks tu hari ahad, tp hari selasa tu dah kena present seme tu.. suke2.. (-_-)

minggu nie pulak kena bayar sewa rumah. alahai rm150 melayang. hukhuk.. pastu kena beli num pin utk muet pulak, rm101 pulak melayang.. adooyaii.. kesian kan poket aku? dah la yang nipis laa, lagi nipissssss aku rase.. haihh.. pernah dgr x ayat nie, 'my purse is like an onion, whenever i open it, i'll cry'... haaaa, macam tu la aku rasa. oh PTPTN, boleh x naikkan sikit duit pinjaman tu.. xcukup duit laa.. hukhuk.. :( 
alaaa macam la pihak PT baca luahan hati aku nie. hahaha

haaaa, guess ape yang aku tgah buat sekarang? mestilah duk youtube-ing.. almaklumlah, internet SENTIASA laju. hahaha. *okey, saje nak buat anish ameera jeles, sbb kat kolej tu internet SLOW.. opsss* lol tertanya2 sape empunya nama nie ? dia nie si cantik angry bird merah. why angry bird merah? sbb dia nie mmg giler wane merah. hahahahaha.. pape pun, jom layan lagu nie.. best jugak, aku pun baru tau pasal lagu nie.. 
thanks to you, dear.. hihi <3


                                            
SATU SATUNYA by TIPE X

*layan tau, confirm x menyesal. best.. hihi <3*

p/s : to anish ameera, always be strong, dear. you have me with you, right.. hihi.. :)



Tuesday 3 July 2012

merepek aje.. :D

yess akhirnya habis jugak kuiz.. :) ye, memang kuiz je pun, tapi contribute marks jugak woo.. penting utk carry mark tuhh. hihi.. ary isnin aku ade kuiz OB a.k.a organizational behaviors.. malam nie pulak, aku baru je selesai jawab kuiz HR a.k.a human resource. arghh both of them subject membaca, camne la aku x stress. haihh.. okeyy tutup isu kuiz. stress kot. hahaa

lately memang kurang sangat masa utk merehatkan diri dan akal fikiran aku nie. whyy? sbb banyak masa digunakan utk setel assignments, proposal, studyy and so on lahh. sampai berlaman-sosial pun aku agak kurang. bila time weekend je, baru aku akan active seme2 tuu. alaaa bukanlah smpai tak bukak langsung. bukak tu bukak, tapi biarkan ajeee mereka bersendiri. hihi. this week memang sangat memenatkan mental dan fizikal. err fizikal? opss tadela penat sangat, just penat sbb kena on foot gi kelas even tengah panas pun.. :( sedih kan? hurm.. tapi tapelaa, demi mencari ilmu, lautan berapi sanggup kurenangi, gunung-ganang yang menggunung sanggup kudaki.. *amboi, poyo nye ayat..* hahaha.. 

okeyy, end storyy pasal merapu meraban tu. aku nk storyy kt sini sal hari ahad ritu. aku keluar dgn teha dan ain (dorg nie ex rumet aku mase part 1 and part 2 dulu). alaa x gi mane pun, gi pantai pandak je. tapi enjoyy gilerr petang tu.. kitorang dah macam kanak2 ribena dah main2 air haritu. tp really enjoyable laa. teha datang ambik aku kat rumah aku nie, then kitorang gi rumah ain, pastu gi pantai sama2.. yang menyedihkan aku, lepas balik pantai tu, badan aku terus naik suhu.. ohh korang still xtau kan? haaa meh nak bagitau. sebenarnya aku nie alah dengan angin pantai.. bila kena angin pantai, aku akan demam. alaa tu baru kena angin, belum lagi main air laut. haritu pulak aku main air laut, siap main2 percik2 air lagi, so for sure la aku terus demam kan? auchh so romantik kan kami bertiga.. hihi.. luckily aku still leh btahan dan study utk kuiz OB tuhh. demam pun demam laa, yang penting pelajan mesti diutamakan.. target pointer sem nie kan up 3.7.. insyaAllah.. gonna miss that precious moments with them.. :)

okeyy dah panjang lebar aku type entry nie. kira nie claim utk yang x update before nie la. hihi. okay la, nk layan bohsia 2 dan janda2 ku gangster plak.. choowww... <3


p/s : eagerly waiting for 7 july.. <3

Saturday 23 June 2012

hanya menarikan jari di keyboard

urghh long time dah x update entry. okeyy, actually aku MALAS nak menghupdate. but since now kepala hotak aku nie a bit stress, so aku pun merajinkan diri membuka blog nie. actually, nowadays, aku a bit busy laa, yela weekend nie pun xleh balik rumah mak bapak aku.. sobs sobs sobs.. T_T

whyy? don't askkk! sebab aku ade modul part 5.. modul kenegaraan. but even though two days aku hadiri modul nie, sikit pun aku xrasa semangat sayangkan negara tu bkobar2.. tahu knape? sebab sepanjang talk sal kenegaraan smalam, aku dgn classmate aku, nada nasuha, main2. tahu main ape? alaaa mainan zaman dinasour dulu. korang ingt x mainan yang kena cari huruf, nama, nama negara/negeri, binatang, buah/sayuran, benda and last skali markah? hahaa. kitorang main benda tu sepanjang modul kat dewan smalam..

today plakk last day modul tu. today's activities agak okeyy, enjoyable lah. xde la membosankan macam modul2 sem lepas. fasi dia tu plak sporting habiss, so mmg best lah.. hihi.. 

HAAAA sekarang nie aku start stress dah. tahu knape? sebab sem nie kena join exhibition and kena create product utk dipamerkan time exhibition nnt. and yang paling penting, product tu mestilah baru and still NOT AVAILABLE kat pasaran. gile kan? kitorang student business, bukan student rekacipta dan inovasi.. adushh pening gile nk buat proposal.. kitorang kena buat proposal product yang nak dipamerkan tuu.. group kitorang yang terdiri drpd aku, cm asyraf, dila ann dan naim, decided nak buat product named MASTER BROOM..

product ape tu? nak tahu? haa so jangan malu2 jangan segan2, come and visit our booth mase exhibition tu nnti okeyy? tarikh dan masa akan diberitahu kemudian.. chowww utk continue wt proposal. 

bye peeps.. <3



layan lagu nie sambil buat proposal.. layannn~

Monday 4 June 2012

mengusap debu2 yang tertimbun di dinding blog..

hye peeps.. 

setelah sebulan plus plus aku menyepikan diri, akhirnya aku diberi jugak sket mase menghupdatekan blog aku yang dah x nampak serupa blog nieh.. hahahah.. okeyy, cuti semester 2 bulan dah hampir smpai ke penghujungnya... know what i mean? yelaa, cuti semester aku just tinggal xsampai seminggu dahh..

okey, wanna know pe yang aku sibuk buat time cuti sem nie? aku keje la sayangggg.. dari 3p.m smpai 11p.m.. kerja ape tu biarlah rahsia, yang tahu tu just zip kan mulut anda, yang xtau usah gatal2 nak btanya keyhh? TAPIIIII yang penting kerja aku tu halalan toyyibaa tauu.. tapelaa, aku kerja pun just nak isi masa lapang (mase lapang laaa sangat kan??).. tu just topeng jee, actually for sure laa matlamat setiap orang utk earn extra pocket money kan? same goes to me, dear.. :D

pengalaman kerja kat situ mmg best kalau nk dibandingkan dengan kerja aku smntara tunggu keputusan spm dulu.. you know why? mmg la kerja kat situ tersangat laa letih, meletihkan fizikal dan mental, ttapi demi mencari sesuap pengalaman kehidupan, aku pasrah.. chewahh poyo x ayat? hahahahaha.. tp mmg aku admit, kerja situ mmg letih, kadang2 xsempat nak rehat pun, kejap gerak sane, kejap gerak sini.. korang yang xpernah ade experience kerja macam aku kerja tu jgn nak ckp banyak..

kadang2 ramai orang tanya aku 'kenapa nmpak cm letih nie?' aku pun jwb 'xsempat nk rehat pun dr td. ramai giler orang datang'.. pastu dgn poyo nya dorang ckp 'aikk? kerja sini pun letih kee?' aishh sakit betul hati aku bila manusia2 keparat tanya soalan yang aku classifiedkan sbg kurang bijak tuhh.. oii kawan, try kau stay kat aku slama 1 jam, tgk camner reaksi kau pastu plak..

tapelah, at least pengalaman aku kerja ni buka mata aku dgn sikap certain manusia.. kdg2 buat silap sikit, macam2 dah kena marah (tp bukan aku laa yg kena).. urghh rase penat la pulak menaip.. dah la, aku nk chow.. dah macam karangan 2000 patah pkataan dah aku karang.. =,=

bye lovely peeps.. <3

Friday 27 April 2012

hari ini~

alhamdullilah, harini result final exam dah kuar.. dari pukul 3 pagi aku duk gile bukak email aku, langsung uitm x hantar result melalui email macam sem2 lepas. first time kot aku kena check result melalui portal uitm. haihh memang uitm xsayangkan aku kot sem nie. hehe

memang x expect result kali nie.. aku bsyukur sangat2, yela result aku pun naik.. cgpa pun naik. kira okay la kan? sem nie mmg aku x letak harapan tinggi2.. aku just harap tade repeat paper.. means that sem nie aku x expect langsung dapat dekan.. apa yang aku fikir just nak buat yang terbaik dan buktikan yang aku boleh buat.. tp alhamdullilah, doa aku dimakbulkan ALLAH SWT.. aku berjaya jugak dapat dekan sem nie.. ;)

okay, aku still lam mode TAK PERCAYA! why? sebab sem nie subject membaca banyak.. aku memang kurang yakin sket dengan subject membaca nie. sebab tu la aku dah plan awal2 yang kalau ada rezeki, insyaAllah, aku akan sambung study aku utk degree nanti course degree in finance.. insyaAllah.. PR, IT, LAW.. mengira pulak FINANCE.. ARAB pun ada.. just want to share yang aku dapat 4A 1B utk final exam nie. IT, ARAB, LAW ngan FINANCE, aku dapat A, pastu PR dapat B.. okay la tu kan dari xleh score langsung?

pointer pulak mendadak naik, dari 3.3 something naik ke 3.79.. alhamdullilah.. thanks kat those yang x henti2 bagi support kat aku, especially parents aku, family and cm asyraf.. dorang nie yang xpernah buatkan aku merasa lagi2 down. tiap kali aku down, dorang2 nie la yang up kan balik spirit aku.. thanks jugak kat lecturers yang banyak tlg aku dalam study nie and bagi aku grades yang membolehkan aku tingkatkan cgpa aku..

okay, tu je kot.. letih dah menaip. nak sambung main game plants vs zombie pulak.. nie sume pengaruh dari adik2 aku, xpasal2 aku jadi hantu game nie.. haihh.. 





p/s : xdapat dekan xsemestinya x bijak.. yang dekan pulak xsemestinya bijak. sume nie bgantung pada nasib (bagi aku laa).. pengalaman lepas mengajar aku yang dekan ke x ke, yang penting sume paper clear, tade sangkut2, tade repeat.. 

Monday 23 April 2012

kenapa ada jerawat di bahagian tertentu??

sebenarnya aku tade hati pun nak update entry hari ni.. memang terasa sangat2 bosan malam nie, tapi gitu laa, malas.. tapi tetiba aku ter'click' link blog aku yang memang aku dah bookmark kat bookmark bar lappy aku nie.. so aku pun merajinkan diri laa untuk update entry hari ni.. 

actually entry hari nie bukanlah berkisar pasal life aku ke, any stories or whatsoever, tapi just kepada aku nak share pengetahuan aku kat sini.. maybe dah ramai yang tahu sal info nie, mungkin laa aku agak ketinggalan, tapi tak salah kan lau setakat menaip kannnnn?
okay laaa, HERE WE GO!! 



DAHI - Jerawat di dahi disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.


HIDUNG - Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi.


DAGU - Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

 

PIPI KIRI - Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.


PIPI KANAN - Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.


PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN) - Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan ikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

so how?  bagi sesape yang ada masalah jerawat tu, perhatikanlah yang mana kategori korang. okayyy? bye.. 

Sunday 22 April 2012

my shining star..



 ouhh stars di langit malam nie sangat2 cantik.. tapi dalam banyak2 stars, ada satu star yang memang tiap malam aku cari.. kedudukan dia statik je. dan skarang aku memang aim star tu je.. kalau star tu takde kat depan mata aku, memang aku frust.. 

tahu knape aku sangat gilakan star tu? sebab dalam banyak2 stars, dia satu2 nya yang berjaya curi hati aku. aku namakan dia 'my shining star'.. gila cantikk.. tapi kannn dah lama aku xtengok star tu.. stars yang aku nampak sekarang seme macam sama shining dia.. ohmaigod, i really miss that star.. :'( hwaaaaa

nak star tu, nak star tuuuu.. *hentak2 kaki*
gedik kan? hihi.. okay, end of the story.. actually aku demam nie. demam aku nie macam melarat la pulak. kejap kebah, kejap okay, ntah laa, malas dah nak fikir sal kesihatan aku.. xlarat dah nak type panjang2.. yang aku nak share ari nie pasal star nie je.. 

okay la, nak tido kejap, kepala aku dah pusing2 macam ambulance berpusing keliling kepala nie.. ninoninoninoooooo (bunyi ambulance).. arghhh pape ntah aku mengarut. alright guys, chow....

p/s : cuti sem yang hanya dipenuhi dengan sakit2.. urghhh!! enjoy this song~

Wednesday 11 April 2012

bahana lilin..

bahana lilin, bilikku terbakar.. dah la tidur mati, mujur family aku sedar yang bilik aku penuh dgn asap.. ni sume blackout punye pasal.. alhamdullilah, aku masih diberi peluang untuk hidup pada hari ini.. thanks YA ALLAH..


tapi effect asap kelam lam bilik aku tu sampai sekarang masih terasa.. kepala rasa sangat2 senak, rasa sesak nafas, lemah badan. mungkin sebab badan aku x cukup oksigen kot utk keluarkan seme asap2 yang aku telan semalam.. bayangkanlah, aku langsung x sedar pasal benda nie. tidur mati punye pasal. nasib baik aku masih hidup..

aku sedar pun bila ma aku ketuk pintu bilik aku kuat2.. kalau  x, memang x la nak sedar kann.. bukak2 je pintu, abah aku dah sediakan air untuk simbah kat api tu. nampak sangat memang dah aim api tu dari bilik aku.. lilin tu sebenarnya abah aku yang nyalakan.. before tidur, abah aku dah letak lilin tu atas kepingan besi.. tapi kepingan besi tu pulak diletakkan atas bekas plastik.. haaa tu la penyebabny. berdekatan area tu pulak, ada botol plastik. benda2 nie la yang jadi pemangkin utama bilik aku dipenuhi asap kelam semalam..

em berdenyut pulak rasa kepala aku nie. so guys, i guess setakat nie je la aku cerita sal bad experience aku nie. tragedi nie memang aku akan ingat sampai bila2. yela, first time kot nyawa aku nyaris melayang disebabkan benda alah camni.. nie la namanya dugaan hidup. 

peristiwa nie la yang ajar aku supaya lebih berhati2.. lepas nie, sumpah tanak pasang lilin dah kat dalam bilik before tidur biarpun blackout. auchh trauma beb.. nak tidur kejap, rehatkan kepala, tenangkan fikiran.. good morning peeps.. have a good day.. :D

p/s : permulaan hari yang teruk dan menyeramkan.. T_T

Friday 6 April 2012

nonsense~

bosan lah. xtahu nak buat apa. oh fyi, aku deactivate fb aku smalam. aku pun xtau kenapa aku deactivate. maybe sbb serabut sangat kot dengan fb, lagipun tade pape yang menyeronokkan dalam fb tu. makin hari makin boring. tapi bila tade fb, rasa bertambah2 boring pulak. em entahlah.. malas lah nak activate balik. tengokla bila2 baru aku activate balik..

boring2 gini, layan lagu lah lagi best. sekarang nie abah tengah pasang lagu, so aku pun dengar je la. just wanna share with you guys, currently i'm listening to this song!! 


# aisyah - janji manismu # 

p/s : best jugak lagu nie. try la layan.. (^^,)




Wednesday 4 April 2012

CEHH KAYE, BOLEH A NAK CAKAP LEBIH2 PUN.. HUH!!

Saturday 31 March 2012

selamat berhibernasi!!

cuti sem dah start officially nya hari ini.. and guess what? for sure la aku happy. hahahaha. malam nie for sure la layan movie dulu.. 71 days duration cuti sem kali nie. boleh tahan lama jugak la cuti kali nie.. akhirnya perjalanan sem nie berjalan dengan baik.. okay, rasa nya memang aku tengah lam mood bercuti dah nie, sampai kepala otak aku memang betul2 dah kosong sekarang. haha..

malam nie tade star. tetibe je cakap sal star.. hehe. alahai sedih pulak rasa.. biasanya bila aku sedih2, stress2, mesti aku pandang star. bila tade star kat mata aku, rasa resah la pulak. hmm.. :(
so konklusinya, star tu penyeri hidup aku.. indahnya ciptaan ALLAH.. memandangnya cukup memberi aku ketenangan dan kebahagiaan.. 

okay, apakebenda yang aku merapu nie, aku pun xtau. sebenarnya aku tade idea la nak story apa. just saje2 menggila nak update entry. okay la, cerita Bunohan dah memanggil aku. 

~jom layan~ 

Wednesday 28 March 2012

ceritanya bermula sebegini..

heyya peeps.. nothing much to say.. just aku tengah kebosanan, xtahu nak buat apa, so aku pun merajinkan diri utk menghupdate blog berhabuk niehh. pagi tadi, aku baru amek paper IT, my second last paper.. so far, so good lah. boleh lah jawab.. on 31st march nnt, aku must face my last paper for this final exam.. wish me luck, guys.. :)

japgi aku baru nak bukak notes PR.. hopefully, aku boleh score dengan jayanya untuk PR.. target GPA sem nie?? entahlah, aku dah malas nak letak benchmark macam sem2 before nie.. sebab bila aku x leh capai target tuu, aku akan jadi down gile2.. jadi, peristiwa lalu mengajar aku jadi lebih matang. chewahh, ayat je lebih. haha. but aku harap boleh score dengan jayanya utk sem nie. InsyaAllah.. (^^,)

sebenarnya aku langsung tade idea nak update apa utk entry kali nie. *sebenarnya setiap kali aku update, mesti tade idea. tapi bila duk taip2, baru la idea tu datang.. bayangkanla, dari pas abes exam pagi tadi, sampai la sekarang, *dah bape kali entry nak save lam draft*, aku still x post entry nie.. mesti still blur kan? yela, aku blur, ntah pekebenda la yang aku duk merapu nie.

begini ceritanyaaa.... pas abes balik dari exam tadi, aku terus bukak blog. hajat di hati nak update la kononnya. lepas aku type 2 3 patah, aku pun stop kejap, gi mandi semayam. siap je dua2 tu, aku pun dah x ingt dah sal blog nie. aku pun layan movie kejap. pas abes movie, baru aku teringat sal blog nie. pas type 2 3 patah, aku pun mengantuk, lalu menidurkan diri. bangun2 je, terus gi mandi. pas mandi, aku pun teringat sal blog nie. taip la lagi 2 3 patah. tetiba, perut lapar. gi makan.. okay, tertangguh lagi niat aku nak publish entry.. pas makan, niat dihati nak sambung la balik taip nie.. bila aku tengok balik, rupanya baru 2 baris ayat aku tulis.. haha. lama giler nak update entry kali nie..

opss x abes lagi tau cerita aku. dah macam essay 2000 patah perkataan la pulak aku karang kali nie.. hahahaa. okay, x lawak.. sambung balikk.. lepas makan tu kan, tetiba aku rasa ngantuk sangat2 + pening.. aku pun naik katil balik then tido.. okay.. sekarang nie, aku baru bangun la niii.. now time untuk study PR pulak. letih dah story. hehe. 

p/s: aku pun x paham pekebenda yang aku duk merapu kat atas tu. kalau kau faham, maknanya kau sebijak aku. tapi kalau kau x paham, maknanya level kebijaksaan  kau tu low sket dari aku. hahaahaha. okay, xlawak pun, jangan gelak ! PR dah memanggil. CHOWWW.. =D