paypermails.com

Monday 31 March 2014

aku saksi accident??

assalamualaikum guys.. 

harini aku kembali lagi singgah kat wall blog aku nie. xtahu ape semangat yang merasuk aku malam ni utk menaip email dan password blog lalu men'sign in' kan diri yang manis letinggg nie. *bab perasan dah dtg. opsss.. hihi.. okay, lupakan pasal manis susu or manis gula tu. so dalam kesibukan dan kebimbangan aku pasal insiden yang menimpa #MH370, aku sempat jadi saksi kepada satu kemalangan nie. kemalangan nie betul2 berlaku depan mata aku. memang scaryyy gilaa2. tp aku nak ingatkan, nie bukan pasal airplane ke ape2 plane nie, nie pasal MOTOR ACCIDENT.. kesian gilaa kot kat si penunggang motor nie. 

alkisahnya bermula bila hari tu hari sabtu, alaaa sabtu baru2 nie tu, yang time mak ayah sume duk sibuk memenuhkan jalanraya dan menyesakkan trafik lalulintas dengan menghantar anak memasing balik ke hostel. *ape punye ayat daaa. macam berbelit2 je*.. time tu ada la satu kereta nie, myvi merah darah ikan plat "W xxxx A", huruf je yang aku ingat, number kat tengah2 tu aku x ingt, so aku gantikan dengan xxxx tu. si pakcik sekitar awal 50an bwk myvi nie bajet2 kuala terengganu nie ala2 KL la kot, KL tu stand for Kuala Lumpur, bukan Kandang Lembu okay! pakcik myvi nie dengan steady buat u-turn kat tengah2 jalan tanpa pndang kiri kanan, dengan signal x bagi, terus redah. nak dijadikan malang buat si penunggang motor EX putih plat TBK xxxx nie yang tengah bawak moto dari arah btentangan dengan kelajuan biasa dan tgah bawak kat line jalan yang betul, try la nak elak si myvi nie.

malang x berbau bagi si pembawak EX nie.. lepas dia bjaya elak myvi tu, dia jadi hilang kawalan lalu terbabas. haaa masa nie la dia buat brek kecemasan. tp kebetulan pulak masa tu, kawasan yang dia terbabas tu kawasan berpasir dan ade pulak sebuah lori tengah parking kat situ. for your information, lokasi lori tu parking memang tempat parking lori kalau dorang nak berehat. so si driver lori nie x salah. lepas dia buat brek kcemasan dan tgelincir kat kwasan bpasir tu, badan dia melayang ke hadapan, memang betul2 kena pada belakang lori. motor dia dah tercampak kat sudut jalan. nampak x jarak dia kat situ? yang ajaibnya motor dia x rosak pape or pecah pape, dia je yang langsung xleh nak bgerak, tp still hidup okay!! 

yang aku bengang, driver myvi nie x mengaku salah dia u-turn gitu, tp dia salahkan si mangsa nie sbb bwk laju katanya. sedangkan aku sendiri yang saksikan kejadian tu dari awal dia u-turn sampailah mangsa nie dibawak pergi oleh Pertahanan Awam. kami semua panik kot sampai x sempat nak ambik no plat kereta myvi tu. yang aku hangin sangat, si driver myvi nie blah macamtu je. aku yakin driver dia orang luar kalau tengok dari cara percakapan, gaya, lagak sombong dan plat kereta. mesti tertanya2 nasib si mangsa nie kan?

sedih utk aku cakap kat sini yang setakat harini, mangsa dah 2x koma. kali pertama koma waktu dihantar ke hospital, keesokkan harinya dah sedar and today dah koma balik. menurut abang mangsa, keadaan mangsa sangat2 teruk sekarang. banyak inner injuries such as kat cedera buah pinggang, paru2, tulang betis dan rusuk patah and pg smalam baru je pihak hospital buang darah beku pada paru2 mangsa. sama2 lah kita doakan supaya mangsa akan pulih seperti sediakala. InsyaAllah.. Amiin :)

p/s : nak kemeja jeans selaii pleaseeee~

Friday 7 March 2014

rambut sama hitam tapi hati lain-lain

nak burukkan nama orang je tahu..


tu la contoh manusia yang busuk hati.. 

bukan nak mengata, bukan nak menghina..
jauh sekali mengeji..
bukan nak menjatuhkan sesiapa..
bukan juga nak mengutuk si empunya diri..
tp hanya sekadar luahan rasa seandainya ada insan yang mengerti..


kadang2 apa yang sebenarnya terjadi terselindung di sebalik penipuan..

tertanya2 ape yang aku maksudkan?
hmm sebenarnya aku sakit hati kat sorang nie
sesuka hati dia pergunakan nama aku supaya nampak yang buruk tu sume aku
yang baik sume dia kat mata orang lain
ape? kaki hitam berkarat boleh sorok dalam kasut, cik kak
tapi kalau hati tu dah hitam?
mana nak sorok?


bukanlah bermaksud aku benci si empunya diri yang dimaksudkan tu

bukan jgk bermakna aku x boleh nak se'kepala' dengan dia..
tp biasalah.. manusia.. mana ada manusia sempurna
aku pun insan biasa tp sekurang2nya aku tahu nk beza mana satu buruk dan mana satu baik
bukannya nak hentam yang buruk tu atas kepala orang lain
and yang baik tu kau makan sorang2..
semua insan x sempurna..
tp iman dan amal yang mendidik kita ke arah yang lebih baik
ke arah kesempurnaan
kalau awak tu sembahyang entah ke mana
konon2 ABC la, kena berpantang la ape la
puasa pun entahkan puasa entahkan tidak..
cik kak.. orang tengah nazak pun sembahyang tau
ape lagi awak yang sihat tubuh badan
hmm.. nak ditegur takut dicakap kurang ajar
xpandai hormat orang tua
tp itulah.. hmmm solat tu kan tiang agama
aku rasa mungkin sbb tu lah dia sendiri dah x stable
kepala hotak dia entah ke mana


sibuk mengata orang lain, kain sendiri terselak pun masih x sedar

sibuk burukkan nama orang lain, nama sendiri terpalit sama pun x heran
sibuk mengumpat si polan dan si polan, diri sendiri bukan sempurna pun
sibuk gunakan nama aku utk luahan hati sendiri kat orang lain
konon2 aku lah yang kata sume tu
padahal dia yang beria-ia pada mulanya
knape bila orang lain persoalkan isu ini, nama aku yang naik?
nie lah yang terjadi bila mulut awak tu sama busuk je dengan tong sampah
dasar busuk hati. 


aku malas nak story panjang2 pasal si dia yang tak sedar diri tu

biarlah dia dengan caranya
yang suka menyalahkan orang lain atas kesilapan dia sendiri
yang suka buka aib orang lain tanpa sedar yang aib dia sendiri dah lama tbuka
semoga dia diberikan hidayah olehNya..
InsyaAllah.. Amiin.. :)



p/s : biar kurang rupa, jangan kurang adab, biar kurang harta, jangan kurang ibadah, biar kurang famous, jangan kurang ajar.. Karma? no, in Islam we have Kifarah. what you give, you'll get it back. either it is in a good way or vice versa. Allah is fair, you know? :)



Thursday 6 March 2014

cerita lapuk..

hai haii.. da lama sangat dah aku x bukak blog berhabuk aku nie. dah bersawang sume dah pungg. fuhhh fuhhh *tiup* *lap2 blog* and now dah clean balik. hehe. bukan ape. almaklumlah busy sangat skrg nie. lepas je aku habiskan zaman diploma aku, kehidupan aku totally berubah. yela, lepas habis diploma, aku terus kerja, mana ada masa nak main2 macam orang lain. takpelah, kerja tu pun utk kesenangan sendiri jugak. =)

pelikkan tetibe je knape aku rajin nak update blog nie. entahlah, aku pun x tau knape. mungkin sbb harini aku cuti kot.. banyak benda yang berlaku sepanjang aku menyepi. social website? fb pun dah kurang main, twitter pun skadar bukak dkat fon je, tu pun xde lah sekerap macam dulu. aku macam boring gilaa dah nak layan sume benda alah nie. aku pun x tahu knape. mungkin sbb aku dah matang sikit kot. sikit laaaa. hihi

bukan ape, bila bukak social websites, aku tgk kawan2 aku sume duk update life dorang pasal degree. hectic life la ape la. sejujurnya, aku cemburu. cemburu sbb nasib aku x sebaik dorang. yes, aku dapat offer degree. Operation Management kat UiTM Sungai Petani. hahh? ape? tanye knape aku x pergi? hmm adalah tu sebabnya. biarlah sebabnya kekal tersimpan dalam diri aku dan mereka yang mengetahui je.

and now, lepas orang yang paling rapat dengan aku #CMA dapat sambung degree kat UiTM Dungun, aku lagi2 lah frust, kecewa, kesal dengan ape yang dah terjadi dengan takdir hidup aku. dulu, aku percaya setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya, but after almost one year masa berlalu, aku still x nampak ape hikmah yang ada di sebalik sume ni. ye, aku happy bila dia boleh sambung degree since last intake dia x dapat offer. dia ambik kos finance pun sebab aku, sbb aku yang minat sangat dgn finance. walaupun finance tu bukan minat dia, tp aku harap dia boleh survive dengan kos tu dan bjaya genggam segulung ijazah tepat pada masanya. InsyaAllah.. ^_^

lastly, aku nak share satu lagu yang bagi aku mmg best.. kena la share, xkan nak makan sorang pulak kan sayang? haha sbenarnya budak kerja aku yang perkenalkan aku dengan lagu nie. lagu nie jugak jadi kegilaan budak2 kerja aku. aku pun dah rasa addicted dgn lagu nie. before aku end entry aku, aku nak share lagu nie utk readers blog bhabuk aku nie and JANGAN NAKAL SAYANG! bear in mind tau! hihi.. 

tajuk lagu nie JANGAN NAKAL SAYANG by MANTAN BAND errr kalau x silap aku laa. okay laaa, panjang sesangat dah entry aku kali nie. lepas gian menaip kot. so bye sayangku. roger and outt!!


p/s : what a beautiful night. miss me? look at the stars on the sky. fyi i have my own star at the sky. each time i look at my star, my heart will be at ease.. don't steal my star. find you own star okay?! <3