Friday, 23 January 2015

sekadar perkongsian

lama gilaa dah x membersihkan sawang2 yang ada kat blog ni. maklumlah bukan sengaja malas menjenguk, tp kekangan masa dan tuntutan kerja yang banyak menghalang aku utk jengah blok nie walau sekejap. hmm. 

esok member aku kahwin. aduuhh dah ramai gilaa kawan sebaya aku yang kahwin. sape yang kasihan? aku la yang kasihan. sebab? bila member kahwin, sah2 kena pergi dan bagi hadiah. haha member kahwin bukan boleh bagi glass set pun. haha macam x sesuai laa. normally kalau aku beli present utk member kahwin, for sure aku bagi peralatan elektronik, macam periuk nasi dll. and yang paling x tahan bila pergi kenduri member ialah bila ditanya pasal 'ehh bile mung nak nikoh?'.. hah!! tu diaaa! soalan paling maut di abad ini. ade jodoh tu ade laa. kalau aku kahwin, xlupaa la member2 lama. for sure jemput punyee. don't worry laa. haha. but tu definitely lambat lagi.

whyy? sebab aku ade target utk dicapai. target terdekat? tak laa terdekat jugak. tp next year laa. choiii. bukan nak kahwin laa. target nak beli kereta. aku pun nak jugak ada kereta sendiri. haha tang rumah sendiri tu, nanti dulu. bak kata abah, 'lepas kahwin, pastikan duduk asing, abah takmboh ajak dah duk umah. kalau tak mampu nak duk rumah sendiri, sewa la rumah sekalipun, abah tak kisah. asalkan duduk rumah asing dgn keluarga...' belajar bdikari katanya. sebab tu la aku duk aim nak beli kereta. tu pun kalau ada rezeki laa. InsyaAllah..  

perkembangan pasal diri aku? takde ape pun yang berubah. kerja di tempat sama, buat pekerjaan yang sama setiap hari, pergi sana sini attend interview tapi takde yang melekat. alasan?? 'sorry miss, but we need experienced worker'.. aduhh shit la macamni, kalau macamni kami yang takde experience nie nak kerja apaa? interview SPA? aku da 4x pergi interview, tapiiii tak pernah nak lepas interview. kata pegawai SPA, 'zaman sekarang semua pakai kabel, orang guna kabel tiang api, tapi awak takde kabel. macammana nak lulus? kalau saya ada anak sedara yang cari kerja, takkan la saya nak bagi kerja tu kat awak.. mesti saya utamakan anak sedara saya dulu'.. okay fine! pengakuan jujur dari pegawai SPA. lepas dari tu, terus aku give up nak apply SPA..

panjang pulak aku merapu kali nie. maklumlah dah lama gila gian nak menaip panjang2. okay la, tu je kot untuk kali nie. nak sambung tgk viki pulak. babaiii

p/s : berpada-padalah dalam melakukan sesuatu. boleh jadi sesuatu yang kamu gemari akan menjadi kebencianmu suatu hari nanti dan sebaliknya.. quote nie? aku agree. sbb sekarang 'rimas' tu dah ada. lepas nie kalau rimas tu berubah jadi benci, sape tahu kan?