paypermails.com

Sunday, 22 April 2012

my shining star..



 ouhh stars di langit malam nie sangat2 cantik.. tapi dalam banyak2 stars, ada satu star yang memang tiap malam aku cari.. kedudukan dia statik je. dan skarang aku memang aim star tu je.. kalau star tu takde kat depan mata aku, memang aku frust.. 

tahu knape aku sangat gilakan star tu? sebab dalam banyak2 stars, dia satu2 nya yang berjaya curi hati aku. aku namakan dia 'my shining star'.. gila cantikk.. tapi kannn dah lama aku xtengok star tu.. stars yang aku nampak sekarang seme macam sama shining dia.. ohmaigod, i really miss that star.. :'( hwaaaaa

nak star tu, nak star tuuuu.. *hentak2 kaki*
gedik kan? hihi.. okay, end of the story.. actually aku demam nie. demam aku nie macam melarat la pulak. kejap kebah, kejap okay, ntah laa, malas dah nak fikir sal kesihatan aku.. xlarat dah nak type panjang2.. yang aku nak share ari nie pasal star nie je.. 

okay la, nak tido kejap, kepala aku dah pusing2 macam ambulance berpusing keliling kepala nie.. ninoninoninoooooo (bunyi ambulance).. arghhh pape ntah aku mengarut. alright guys, chow....

p/s : cuti sem yang hanya dipenuhi dengan sakit2.. urghhh!! enjoy this song~

Wednesday, 11 April 2012

bahana lilin..

bahana lilin, bilikku terbakar.. dah la tidur mati, mujur family aku sedar yang bilik aku penuh dgn asap.. ni sume blackout punye pasal.. alhamdullilah, aku masih diberi peluang untuk hidup pada hari ini.. thanks YA ALLAH..


tapi effect asap kelam lam bilik aku tu sampai sekarang masih terasa.. kepala rasa sangat2 senak, rasa sesak nafas, lemah badan. mungkin sebab badan aku x cukup oksigen kot utk keluarkan seme asap2 yang aku telan semalam.. bayangkanlah, aku langsung x sedar pasal benda nie. tidur mati punye pasal. nasib baik aku masih hidup..

aku sedar pun bila ma aku ketuk pintu bilik aku kuat2.. kalau  x, memang x la nak sedar kann.. bukak2 je pintu, abah aku dah sediakan air untuk simbah kat api tu. nampak sangat memang dah aim api tu dari bilik aku.. lilin tu sebenarnya abah aku yang nyalakan.. before tidur, abah aku dah letak lilin tu atas kepingan besi.. tapi kepingan besi tu pulak diletakkan atas bekas plastik.. haaa tu la penyebabny. berdekatan area tu pulak, ada botol plastik. benda2 nie la yang jadi pemangkin utama bilik aku dipenuhi asap kelam semalam..

em berdenyut pulak rasa kepala aku nie. so guys, i guess setakat nie je la aku cerita sal bad experience aku nie. tragedi nie memang aku akan ingat sampai bila2. yela, first time kot nyawa aku nyaris melayang disebabkan benda alah camni.. nie la namanya dugaan hidup. 

peristiwa nie la yang ajar aku supaya lebih berhati2.. lepas nie, sumpah tanak pasang lilin dah kat dalam bilik before tidur biarpun blackout. auchh trauma beb.. nak tidur kejap, rehatkan kepala, tenangkan fikiran.. good morning peeps.. have a good day.. :D

p/s : permulaan hari yang teruk dan menyeramkan.. T_T

Friday, 6 April 2012

nonsense~

bosan lah. xtahu nak buat apa. oh fyi, aku deactivate fb aku smalam. aku pun xtau kenapa aku deactivate. maybe sbb serabut sangat kot dengan fb, lagipun tade pape yang menyeronokkan dalam fb tu. makin hari makin boring. tapi bila tade fb, rasa bertambah2 boring pulak. em entahlah.. malas lah nak activate balik. tengokla bila2 baru aku activate balik..

boring2 gini, layan lagu lah lagi best. sekarang nie abah tengah pasang lagu, so aku pun dengar je la. just wanna share with you guys, currently i'm listening to this song!! 


# aisyah - janji manismu # 

p/s : best jugak lagu nie. try la layan.. (^^,)




Wednesday, 4 April 2012

CEHH KAYE, BOLEH A NAK CAKAP LEBIH2 PUN.. HUH!!

Saturday, 31 March 2012

selamat berhibernasi!!

cuti sem dah start officially nya hari ini.. and guess what? for sure la aku happy. hahahaha. malam nie for sure la layan movie dulu.. 71 days duration cuti sem kali nie. boleh tahan lama jugak la cuti kali nie.. akhirnya perjalanan sem nie berjalan dengan baik.. okay, rasa nya memang aku tengah lam mood bercuti dah nie, sampai kepala otak aku memang betul2 dah kosong sekarang. haha..

malam nie tade star. tetibe je cakap sal star.. hehe. alahai sedih pulak rasa.. biasanya bila aku sedih2, stress2, mesti aku pandang star. bila tade star kat mata aku, rasa resah la pulak. hmm.. :(
so konklusinya, star tu penyeri hidup aku.. indahnya ciptaan ALLAH.. memandangnya cukup memberi aku ketenangan dan kebahagiaan.. 

okay, apakebenda yang aku merapu nie, aku pun xtau. sebenarnya aku tade idea la nak story apa. just saje2 menggila nak update entry. okay la, cerita Bunohan dah memanggil aku. 

~jom layan~ 

Wednesday, 28 March 2012

ceritanya bermula sebegini..

heyya peeps.. nothing much to say.. just aku tengah kebosanan, xtahu nak buat apa, so aku pun merajinkan diri utk menghupdate blog berhabuk niehh. pagi tadi, aku baru amek paper IT, my second last paper.. so far, so good lah. boleh lah jawab.. on 31st march nnt, aku must face my last paper for this final exam.. wish me luck, guys.. :)

japgi aku baru nak bukak notes PR.. hopefully, aku boleh score dengan jayanya untuk PR.. target GPA sem nie?? entahlah, aku dah malas nak letak benchmark macam sem2 before nie.. sebab bila aku x leh capai target tuu, aku akan jadi down gile2.. jadi, peristiwa lalu mengajar aku jadi lebih matang. chewahh, ayat je lebih. haha. but aku harap boleh score dengan jayanya utk sem nie. InsyaAllah.. (^^,)

sebenarnya aku langsung tade idea nak update apa utk entry kali nie. *sebenarnya setiap kali aku update, mesti tade idea. tapi bila duk taip2, baru la idea tu datang.. bayangkanla, dari pas abes exam pagi tadi, sampai la sekarang, *dah bape kali entry nak save lam draft*, aku still x post entry nie.. mesti still blur kan? yela, aku blur, ntah pekebenda la yang aku duk merapu nie.

begini ceritanyaaa.... pas abes balik dari exam tadi, aku terus bukak blog. hajat di hati nak update la kononnya. lepas aku type 2 3 patah, aku pun stop kejap, gi mandi semayam. siap je dua2 tu, aku pun dah x ingt dah sal blog nie. aku pun layan movie kejap. pas abes movie, baru aku teringat sal blog nie. pas type 2 3 patah, aku pun mengantuk, lalu menidurkan diri. bangun2 je, terus gi mandi. pas mandi, aku pun teringat sal blog nie. taip la lagi 2 3 patah. tetiba, perut lapar. gi makan.. okay, tertangguh lagi niat aku nak publish entry.. pas makan, niat dihati nak sambung la balik taip nie.. bila aku tengok balik, rupanya baru 2 baris ayat aku tulis.. haha. lama giler nak update entry kali nie..

opss x abes lagi tau cerita aku. dah macam essay 2000 patah perkataan la pulak aku karang kali nie.. hahahaa. okay, x lawak.. sambung balikk.. lepas makan tu kan, tetiba aku rasa ngantuk sangat2 + pening.. aku pun naik katil balik then tido.. okay.. sekarang nie, aku baru bangun la niii.. now time untuk study PR pulak. letih dah story. hehe. 

p/s: aku pun x paham pekebenda yang aku duk merapu kat atas tu. kalau kau faham, maknanya kau sebijak aku. tapi kalau kau x paham, maknanya level kebijaksaan  kau tu low sket dari aku. hahaahaha. okay, xlawak pun, jangan gelak ! PR dah memanggil. CHOWWW.. =D

Sunday, 25 March 2012

long time no bloggy..

almost one month aku menyepi tanpa entry.. bukan tanak spend anytime utk update blog nie, it just aku memang langsung x sempat nak update anything. really2 busy sem nie.. *sighh

luckily assignment, assessment, tests, quizzes utk sem 4 nie sume dah berakhir.. sekarang just tinggal 2 more papers to go.. alhamdullilah, carry mark aku utk semua subjek okay, sume 30++.. banyak la tu kan? hee~ LAW dah lepas, FINANCE dah lepas, yang tinggal IT, hari rabu nie dengan PUBLIC RELATION, hari sabtu nie. then aku boleh berhibernasi utk 2 bulan. hahahahaha.. hibernasi? bunyi macam tupai la pulak...

emosi aku pulak agak terganggu lately. maybe sbb stress dengan final exam nie.. otak keletihan, tidur xcukup, makan tu kadang2 kurang dan sebagainya.. azam utk cuti sem nie, niat di hati nak cari part time job. tp xtahu laaa kat mana sudi terima aku.. T_T...

macam2 perkara yang berlaku dalam tempoh sebulan aku menyepi nie. tapi law nak update one by one, memang payah la kan? for sure, jari aku akan patah law nak taip kesemuanya. hehe. so, biarlah kekal dalam memori aku je.. kenangan yang manis2 aku simpan kemas lam kepala hotak aku, tp yang masam2 tu aku dah buang jauh2.. let bygone be bygone.. buang yang keruh, amek yang jernih, baru teguh peribadi... hehe

erm macam banyak lagi je idea nak menaip. tapi, alamakkk.. sakit perut. toilet dah memanggil. chow dulu.. wish me luck for IT and PR.. bye.. <3


p/s : hajat dihati nak blogwalking, tp xsempat.. nnt la pas abes final, aku blogwalking. yang sempat jenguk td  just blog ernishshah.blogspot.com je.. blog2 lain nanti ek.. :D