paypermails.com

Saturday, 23 June 2012

hanya menarikan jari di keyboard

urghh long time dah x update entry. okeyy, actually aku MALAS nak menghupdate. but since now kepala hotak aku nie a bit stress, so aku pun merajinkan diri membuka blog nie. actually, nowadays, aku a bit busy laa, yela weekend nie pun xleh balik rumah mak bapak aku.. sobs sobs sobs.. T_T

whyy? don't askkk! sebab aku ade modul part 5.. modul kenegaraan. but even though two days aku hadiri modul nie, sikit pun aku xrasa semangat sayangkan negara tu bkobar2.. tahu knape? sebab sepanjang talk sal kenegaraan smalam, aku dgn classmate aku, nada nasuha, main2. tahu main ape? alaaa mainan zaman dinasour dulu. korang ingt x mainan yang kena cari huruf, nama, nama negara/negeri, binatang, buah/sayuran, benda and last skali markah? hahaa. kitorang main benda tu sepanjang modul kat dewan smalam..

today plakk last day modul tu. today's activities agak okeyy, enjoyable lah. xde la membosankan macam modul2 sem lepas. fasi dia tu plak sporting habiss, so mmg best lah.. hihi.. 

HAAAA sekarang nie aku start stress dah. tahu knape? sebab sem nie kena join exhibition and kena create product utk dipamerkan time exhibition nnt. and yang paling penting, product tu mestilah baru and still NOT AVAILABLE kat pasaran. gile kan? kitorang student business, bukan student rekacipta dan inovasi.. adushh pening gile nk buat proposal.. kitorang kena buat proposal product yang nak dipamerkan tuu.. group kitorang yang terdiri drpd aku, cm asyraf, dila ann dan naim, decided nak buat product named MASTER BROOM..

product ape tu? nak tahu? haa so jangan malu2 jangan segan2, come and visit our booth mase exhibition tu nnti okeyy? tarikh dan masa akan diberitahu kemudian.. chowww utk continue wt proposal. 

bye peeps.. <3



layan lagu nie sambil buat proposal.. layannn~

Monday, 4 June 2012

mengusap debu2 yang tertimbun di dinding blog..

hye peeps.. 

setelah sebulan plus plus aku menyepikan diri, akhirnya aku diberi jugak sket mase menghupdatekan blog aku yang dah x nampak serupa blog nieh.. hahahah.. okeyy, cuti semester 2 bulan dah hampir smpai ke penghujungnya... know what i mean? yelaa, cuti semester aku just tinggal xsampai seminggu dahh..

okey, wanna know pe yang aku sibuk buat time cuti sem nie? aku keje la sayangggg.. dari 3p.m smpai 11p.m.. kerja ape tu biarlah rahsia, yang tahu tu just zip kan mulut anda, yang xtau usah gatal2 nak btanya keyhh? TAPIIIII yang penting kerja aku tu halalan toyyibaa tauu.. tapelaa, aku kerja pun just nak isi masa lapang (mase lapang laaa sangat kan??).. tu just topeng jee, actually for sure laa matlamat setiap orang utk earn extra pocket money kan? same goes to me, dear.. :D

pengalaman kerja kat situ mmg best kalau nk dibandingkan dengan kerja aku smntara tunggu keputusan spm dulu.. you know why? mmg la kerja kat situ tersangat laa letih, meletihkan fizikal dan mental, ttapi demi mencari sesuap pengalaman kehidupan, aku pasrah.. chewahh poyo x ayat? hahahahaha.. tp mmg aku admit, kerja situ mmg letih, kadang2 xsempat nak rehat pun, kejap gerak sane, kejap gerak sini.. korang yang xpernah ade experience kerja macam aku kerja tu jgn nak ckp banyak..

kadang2 ramai orang tanya aku 'kenapa nmpak cm letih nie?' aku pun jwb 'xsempat nk rehat pun dr td. ramai giler orang datang'.. pastu dgn poyo nya dorang ckp 'aikk? kerja sini pun letih kee?' aishh sakit betul hati aku bila manusia2 keparat tanya soalan yang aku classifiedkan sbg kurang bijak tuhh.. oii kawan, try kau stay kat aku slama 1 jam, tgk camner reaksi kau pastu plak..

tapelah, at least pengalaman aku kerja ni buka mata aku dgn sikap certain manusia.. kdg2 buat silap sikit, macam2 dah kena marah (tp bukan aku laa yg kena).. urghh rase penat la pulak menaip.. dah la, aku nk chow.. dah macam karangan 2000 patah pkataan dah aku karang.. =,=

bye lovely peeps.. <3

Friday, 27 April 2012

hari ini~

alhamdullilah, harini result final exam dah kuar.. dari pukul 3 pagi aku duk gile bukak email aku, langsung uitm x hantar result melalui email macam sem2 lepas. first time kot aku kena check result melalui portal uitm. haihh memang uitm xsayangkan aku kot sem nie. hehe

memang x expect result kali nie.. aku bsyukur sangat2, yela result aku pun naik.. cgpa pun naik. kira okay la kan? sem nie mmg aku x letak harapan tinggi2.. aku just harap tade repeat paper.. means that sem nie aku x expect langsung dapat dekan.. apa yang aku fikir just nak buat yang terbaik dan buktikan yang aku boleh buat.. tp alhamdullilah, doa aku dimakbulkan ALLAH SWT.. aku berjaya jugak dapat dekan sem nie.. ;)

okay, aku still lam mode TAK PERCAYA! why? sebab sem nie subject membaca banyak.. aku memang kurang yakin sket dengan subject membaca nie. sebab tu la aku dah plan awal2 yang kalau ada rezeki, insyaAllah, aku akan sambung study aku utk degree nanti course degree in finance.. insyaAllah.. PR, IT, LAW.. mengira pulak FINANCE.. ARAB pun ada.. just want to share yang aku dapat 4A 1B utk final exam nie. IT, ARAB, LAW ngan FINANCE, aku dapat A, pastu PR dapat B.. okay la tu kan dari xleh score langsung?

pointer pulak mendadak naik, dari 3.3 something naik ke 3.79.. alhamdullilah.. thanks kat those yang x henti2 bagi support kat aku, especially parents aku, family and cm asyraf.. dorang nie yang xpernah buatkan aku merasa lagi2 down. tiap kali aku down, dorang2 nie la yang up kan balik spirit aku.. thanks jugak kat lecturers yang banyak tlg aku dalam study nie and bagi aku grades yang membolehkan aku tingkatkan cgpa aku..

okay, tu je kot.. letih dah menaip. nak sambung main game plants vs zombie pulak.. nie sume pengaruh dari adik2 aku, xpasal2 aku jadi hantu game nie.. haihh.. 





p/s : xdapat dekan xsemestinya x bijak.. yang dekan pulak xsemestinya bijak. sume nie bgantung pada nasib (bagi aku laa).. pengalaman lepas mengajar aku yang dekan ke x ke, yang penting sume paper clear, tade sangkut2, tade repeat.. 

Monday, 23 April 2012

kenapa ada jerawat di bahagian tertentu??

sebenarnya aku tade hati pun nak update entry hari ni.. memang terasa sangat2 bosan malam nie, tapi gitu laa, malas.. tapi tetiba aku ter'click' link blog aku yang memang aku dah bookmark kat bookmark bar lappy aku nie.. so aku pun merajinkan diri laa untuk update entry hari ni.. 

actually entry hari nie bukanlah berkisar pasal life aku ke, any stories or whatsoever, tapi just kepada aku nak share pengetahuan aku kat sini.. maybe dah ramai yang tahu sal info nie, mungkin laa aku agak ketinggalan, tapi tak salah kan lau setakat menaip kannnnn?
okay laaa, HERE WE GO!! 



DAHI - Jerawat di dahi disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.


HIDUNG - Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi.


DAGU - Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

 

PIPI KIRI - Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.


PIPI KANAN - Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.


PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN) - Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan ikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

so how?  bagi sesape yang ada masalah jerawat tu, perhatikanlah yang mana kategori korang. okayyy? bye.. 

Sunday, 22 April 2012

my shining star..



 ouhh stars di langit malam nie sangat2 cantik.. tapi dalam banyak2 stars, ada satu star yang memang tiap malam aku cari.. kedudukan dia statik je. dan skarang aku memang aim star tu je.. kalau star tu takde kat depan mata aku, memang aku frust.. 

tahu knape aku sangat gilakan star tu? sebab dalam banyak2 stars, dia satu2 nya yang berjaya curi hati aku. aku namakan dia 'my shining star'.. gila cantikk.. tapi kannn dah lama aku xtengok star tu.. stars yang aku nampak sekarang seme macam sama shining dia.. ohmaigod, i really miss that star.. :'( hwaaaaa

nak star tu, nak star tuuuu.. *hentak2 kaki*
gedik kan? hihi.. okay, end of the story.. actually aku demam nie. demam aku nie macam melarat la pulak. kejap kebah, kejap okay, ntah laa, malas dah nak fikir sal kesihatan aku.. xlarat dah nak type panjang2.. yang aku nak share ari nie pasal star nie je.. 

okay la, nak tido kejap, kepala aku dah pusing2 macam ambulance berpusing keliling kepala nie.. ninoninoninoooooo (bunyi ambulance).. arghhh pape ntah aku mengarut. alright guys, chow....

p/s : cuti sem yang hanya dipenuhi dengan sakit2.. urghhh!! enjoy this song~

Wednesday, 11 April 2012

bahana lilin..

bahana lilin, bilikku terbakar.. dah la tidur mati, mujur family aku sedar yang bilik aku penuh dgn asap.. ni sume blackout punye pasal.. alhamdullilah, aku masih diberi peluang untuk hidup pada hari ini.. thanks YA ALLAH..


tapi effect asap kelam lam bilik aku tu sampai sekarang masih terasa.. kepala rasa sangat2 senak, rasa sesak nafas, lemah badan. mungkin sebab badan aku x cukup oksigen kot utk keluarkan seme asap2 yang aku telan semalam.. bayangkanlah, aku langsung x sedar pasal benda nie. tidur mati punye pasal. nasib baik aku masih hidup..

aku sedar pun bila ma aku ketuk pintu bilik aku kuat2.. kalau  x, memang x la nak sedar kann.. bukak2 je pintu, abah aku dah sediakan air untuk simbah kat api tu. nampak sangat memang dah aim api tu dari bilik aku.. lilin tu sebenarnya abah aku yang nyalakan.. before tidur, abah aku dah letak lilin tu atas kepingan besi.. tapi kepingan besi tu pulak diletakkan atas bekas plastik.. haaa tu la penyebabny. berdekatan area tu pulak, ada botol plastik. benda2 nie la yang jadi pemangkin utama bilik aku dipenuhi asap kelam semalam..

em berdenyut pulak rasa kepala aku nie. so guys, i guess setakat nie je la aku cerita sal bad experience aku nie. tragedi nie memang aku akan ingat sampai bila2. yela, first time kot nyawa aku nyaris melayang disebabkan benda alah camni.. nie la namanya dugaan hidup. 

peristiwa nie la yang ajar aku supaya lebih berhati2.. lepas nie, sumpah tanak pasang lilin dah kat dalam bilik before tidur biarpun blackout. auchh trauma beb.. nak tidur kejap, rehatkan kepala, tenangkan fikiran.. good morning peeps.. have a good day.. :D

p/s : permulaan hari yang teruk dan menyeramkan.. T_T

Friday, 6 April 2012

nonsense~

bosan lah. xtahu nak buat apa. oh fyi, aku deactivate fb aku smalam. aku pun xtau kenapa aku deactivate. maybe sbb serabut sangat kot dengan fb, lagipun tade pape yang menyeronokkan dalam fb tu. makin hari makin boring. tapi bila tade fb, rasa bertambah2 boring pulak. em entahlah.. malas lah nak activate balik. tengokla bila2 baru aku activate balik..

boring2 gini, layan lagu lah lagi best. sekarang nie abah tengah pasang lagu, so aku pun dengar je la. just wanna share with you guys, currently i'm listening to this song!! 


# aisyah - janji manismu # 

p/s : best jugak lagu nie. try la layan.. (^^,)