paypermails.com

Thursday, 20 September 2012

kebosanan

hey guys.. kejap je masa berlalu.. pejam celik pejam celik, sekarang dah masuk musim final exam. ohmaiii.. kejapnya masa bergerakk.. maknanya sem 5 dah nak masuk penghujungnya. wahh kiranya ada satu sem je lagi aku kat diploma level nie.. hmmm.. maksudnya masa utk bergumbira bersama kawan2 BM1115A dah nak habiss.. enjoy till the last breath in uitm. haha..

aku malas nak taip panjang2. sekarang dah masuk study week. aku pun kena start struggle untuk exam nie. almaklumlah first paper aku 2hb october, malaysia economy.. last paper aku pulak dalam 29hb october camtu laa. sem nie pulak aku ambik muet.. tapi a bit frust jugak laa, sebab aku xdapat dekat sekolah pilihan aku.. aku choose SMK Bukit Tunggal, alih2 dapat kat SMK Sultan Ahmad. hukhuk..

tapela, wish me luck for my MUET and final too.. LOL *lots of love* muaahhx. chow.. ^_^


p/s : kat bawah nie ialah kata2 yang sedarkan aku yang kita x perlukan orang yang x memerlukan kita.. 

surround yourself with people who know your worth. you do not need too many people to be happy, just a few REAL ones who appreciate you for exactly who you are.. ;)








TO THOSE YANG AMBIK FINAL EXAM MACAM AKU JUGAK, WISH YOU SELAMAT BERSTUDY WEEK AND HAPPY BERFINAL.. HAHA *hancus grammar*


Saturday, 15 September 2012

okay. dah lame rasanya aku x jenguk blog aku nie. bukannya ape, just masa mencemburui aku. cheewahh.. tade laa, actually tersangatlah sibuk dengan pelbagai test, assignment, group projects dll.. okayy dua hari lepas bersamaan hari khamis, aku ade exhibition product innovation. curious ape tu? haa still remember x entry aku yang lepas2? yang aku story sal satu benda tu namely MASTER BROOM.. hah? tertanya2 amende tuhh? haa korang boleh tgk gmbar kat bawah.. heee :)



okay, dah tau dah ape benda tuu? korang boleh zoom utk besarkan description pada banner tuhh. hihi. bajet kitorang untuk siapkan menda alah nie secara kasarnya lebih kurang RM160.. woahh.. banyak gilerr. kalau buat makan, 3 minggu dah perut kenyang. haihh

okay lah, tu je. actually aku mls nak menaip. ngantuk lah. zzzzz.. tido dlu.. padahal baru je bangun tido. almaklumlah semalam aku tido 4 am sbb nak siapkan report HR. tu pun banyak lagi kerja yang tertangguh. minggu depan dah last week utk last class. that's why la effort kena lebih. haha. okay la. chow. good afternoon dearies.. :)

Friday, 31 August 2012

dugaan bulan syawal..

hoho.. da lame aku x update mende alah nie.. bukannya ape.. hari sabtu minggu raya tu aku dah start sakit sebenarnya.. sakit yang aku sifatkan paling teruk yang pernah aku alami.. kenapa? sebab kerana sakit tu, badan aku dh jadi kurus.. ( mengikut pemerhatian dan pengaduan orang awam la tuu.. bukan aku yang perasan okeyy! ). aku syg wooo lemak aku tu.. :'(

camne la lemak2 tu x hilang, hampir seminggu keje aku muntah dgn cirit je.. asal makan, muntah. minum muntah. makan ubat, muntah. minum air pun muntah. air zamzam pun aku muntahkan balik. sampai kosong perut aku pun tetap muntah. inject dah sana sini, dua2 belah lengan aku kena inject, masuk air la, masuk ubat la, antibiotik la, ubat tahan muntah la, ape laa... pdahal sakit x baik2 pun.. lebam kat tangan aku nie haaa still membiru lagi, xhilang pun lagi. haihh. kesian kan kat aku.. :(

okey, tutup isu lemak.. tertanya2 aku sakit ape yang kedengaran nazak sangat tu? aku kena food poisoning, jangkitan kuman dalam dalam, masalah pulak dengan buah pinggang dan kekurangan air yang terlampau dalam badan.. haaaa camner leh jadi banyak sangat penyakit tuh?? aku pun heran, sedangkan selama nie aku sihat wal afiat je.. kena pulak admit kat hospital. kawan2 ramai merungut x sempat gi melawat, aku dah mintak discharged awal.. sorryy la sayang2 sume. bukan tanak tunggu you all kat hospital tu, tp bagi aku hospital itu tempat yang paling menyeksakan!! panas! xleh minum ais!! toilet jauh!! urghh xsuke!!

baik aku stay kat rumah. hampir seminggu aku terlantar kat tilam tu, mujurlaa ada dua orang bidadari kesayangan aku yang setia nak jaga aku. layan dan belai aku macam anak kecik. sungguh rasa sangat disayangi dan diperlukan.. nak tahu gerangan bidadari yang aku maksudkan tu? mestilah bonda dan kekanda tersayanggg.. dorang x jemu2 jaga aku, abah pun sama.. thanks to family aku sebab bersusah-payah nak jaga aku sampai laa aku rasa dah sihat sekarang *padahal badan still rasa lemah*.. tapi aku rasa 'bertenaga' macam KUAT HARIMAU.. hahaha..

thanks jugak kepada cm asyraf sebab ambik berat pasal kesihatan aku, belebe bila aku makan mende2 yang mengarut (sebijik macam akak aku).. tapi aku tahu, baik cm asyraf ataupun family aku, dorang jaga pemakanan aku bukan sebab nak seksa aku, dorang just nak aku betul2 sembuh, nak tengok aku cergas macam sediakala.. thanks to all.. <3

okay tu je, now aku nak bukak buku eco. study utk test eco hari isnin nie. ahad ade presentation, isnin test eco, selasa quiz hr, rabu test finance.. COMPLETE WEEK.. HAHA! adiosss. bye


Thursday, 23 August 2012

impian akuuuu

hye peeps. guess what? today aku ade something yang aku rasa amat2 comel, menarik, memikat hati dan berjaya buat hati aku tertawan.. impian aku sekarang ialah nk jelajah something, berada dan berjalan di atas benda yang aku cakap sangat2 membuat aku x lena tidur.. tapi entah bilaa laa baru aku dpt menjejak kaki kat sana. impian orang lain kalau kahwin nak gi honeymoon kat paris, london, china, singapore, jepun, korea and so on, tapi impian aku sekarang just satu. aku nak pergi kat Cherrapunji, INDIA.. 


guess why? sebab first time aku jumpa gambar2 yang bakal aku share nnt, aku dah rasa macam terpanggil nak pegi sana. hihi. gile kan? tapi tu la kebenarannya. aku harap my 'abang' nanti x keberatan nak bawak aku pegi honeymoon kat sini, kalau ada rezeki lebih laa. hahaha. cepat je aku pasang angan2. mintak maaf laa, aku nie memang suka benda pelik2 pun. haaa jangan terkejut kalau aku cakap aku nak burung hantu and tenggiling untuk hantaran aku. okey, gurau je, kalau ade, letak sekali atas dulang hantaran, kalau tade, kira hutang laa binatang dua ekor tu. pas kita ambik lesen peliharaan tenggiling, baru kita cari sama2 tenggiling tu.. 

*kita refer to aku dan husband aku.. readers terkecuali. haha*

okay, back to tempat special yang aku cakap tadi. aku dah boleh bayangkan if aku dengan husband pegi honeymoon dekat sana, nnt kitorang akan bawak balik binatang2 dan harta benda yang ada kat hutan tu. amat2 berbeza dengan orang lain yang melancong kat aussie ke ape ke yang bawak balik pelbagai branded things utk relatives dorang. haha. mesti best kan? yelaa, lain dari yang lain. hahaha..

alaa nak takot ape, dah terang2 lam gambar tu ade manusia kat sana. siap peliharaa ikan yang cantik mantik tu lagi. sebijik macam ikan tilapia kott. hoho. macam la tilapia ade kat hutan india. haha. kat tempat tu sebenarnya diberi nama jambatan akar yang dibuat dari akar pokok Ficus elastica. Pokok ini menghasilkan satu siri akar menengah dari yang lebih tinggi sehingga batangnya dan selesa boleh perch di atas bongkah batu besar di sepanjang tebing sungai, atau walaupun di tengah-tengah sungai itu sendiri. Untuk membuat akar pokok getah yang tumbuh dalam arah yang betul Khasis, iaitu suku kaum di Meghalaya, menggunakan batang pinang, dihiris turun tengah-tengah dan lubang, untuk mewujudkan sistem akar- bimbingan. Nipis, akar tender pokok getah, dihalang daripada membesar secara lurus. haaa tu lah sebenarnya yang dipanggil jambatan akar.. menarik kan?? :D

kalu duk tunggu aku meraban memang sampai esok laa x tershare gambar2 tu. okayy laa, aku stop kat sini. enjoyy laa tengok tempat idaman aku nie. hihi.. semoga impian aku jadi kenyataan.. AMINN.. :)














SUBHANALLAH, CANTIK BUKAN? :)

P/S: Setiap hidupan di dunia ini selain dari manusia sentiasa berzikir memuji Allah SWT tanpa henti siang dan malam. Ini la sebabnya hati kita sentiasa tenang dan damai apabila berada di tengah alam.

Sumber: Slightlywarped

Monday, 20 August 2012

happy eid..

hello there.. :D

erm aku terlambatkahh? err i guess not laa. bukannya ape, aku just nk wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.. :)

raya kan sebulan.. so aku kira xlambat laa nak wish kan? aishh xkan terima wish aku je.. duit raya mane? -_-
just kidding, tapi if nak bagi betul2 pun ape salahnya. hihi.. start aku balik, aku langsung x sentuh buku, or even assignments. padahal once bukak mid sem break nnt, berlambak tests and quizzes dah queue nak amik part utk dera hati, jiwa, perasaan dan limpa aku. haihh.. penat dowhh..

oh alamak! ada orang baru datang beraya tuuhh. kena offline sekarangg. aishh baru kesempatan nk berehat, orang dah datang lagi. see youuuuu later. muachxx. 

SELAMAT HARI RAYA, guyss!! adioss.

Tuesday, 14 August 2012

iftar..

okey, da lame x update kan? haaa.. now i update, sbb i da ade siket mase terluang. hihi.. actually aku baru je lepas habis kelas malam. kelas HR.. tapi kelas malam nie just gi amek attendance, miss aisyah cakap bila pasal assignment and tarikh kuiz. pastu kitorang pun start cite2 and bukak storyy sal HANTUUUUU.. kitorang pun ape lagi, da tengah mood2 raya camni, memang laa malas nak belajar, so layan je laa crita hantuu dia tu. sambil2 tu aku main2 angin sikit, buat penyedap rasa dan selera. hihi

okayy, tutup sal cite tadi. aku nak share sket pasal 'iftar with classmates BM1115A' smalam. kitorang buat iftar kat batu buruk. enjoyable laa.. yelaa, nie kali terakhir kitorang berpuasa sama2. pasni tade da puasa2 nie, sem depan kan bukan bulan puasa dah.. aku pun malas nak cite panjang2, so layan je laa gambar2 kat bawah nie.. 











okay, tu je utk kali nie. SELAMAT HARI RAYA, guysss.. and me loves you, dearie.. <3

Tuesday, 31 July 2012

updated !!

arghh akhirnya tamat jua tests yang sangat memenatkan kepala hotakk aku.. errk test ape? for sure laa test yang melibatkan subjek2 membaca nieyhh.. sakit jiwa betul laaa dengan kedua2 test tuuu.. bermasalahhhh!! tapi, aku da cuba yang terbaik, insyaAllah hasilnya akan memberangsangkan akuu.. okeyy, harini da masuk hari ke brape ntah ramadhan, aku malas nak kira.. yang aku tahu, raya dah x sampai sebulan je lagi. hihi..

malam ni, mood aku agak kurang baik. yang jadi mangsa nya for sure la cik abang cm kita... kesian dia, jadi mangsa keadaan aku.. mungkin stress pasal test human resource tadi kot, jadi aku xleh nak kawal perasaan rezak tuu lalu TERLEPAS laa kat dia.. haaaa tamat cite tuu.. now aku nak buka cerita lain.. yang nie for sure laa empunya blog yang cantik manis anish nie akan jeless.. hehe.. guess whyyy?

sebab esok pagi dalam jam 2.30pg sok aku attend majlis bersahur bersama RTM kat UMT.. xramai pun dak u aku yang join, just 20 orang je wakil dr u aku. dan kebanyakan manusia terpilih itu adalah dari kelas akuuu.. aku nie one of them laa. esok sepanjang sahur tu akan disiarkan secara langsung rasanya.. alaa aku x kisah pun benda program nie on air ke x, YANG PENTINGGG seme yang join benda nie dapat duit.. hihii

memangla pihak RTM xbagi cash duit kat tangan, dorang bank in duit tu.. tapi terkejut jugak aku bila member aku yang uruskan benda nie cakap sape2 yang join tu, RTM bagi duit RM100.. haaa sebab tu laa aku join benda tu, padahal hari khamis tu kelas kul 8 straight sampai 12.. hukhuk. memang mati la mata aku. mesti sejibik macam mata panda nanti.. -_-

sebenarnya dak kelas aku pakat join benda alah nie sebab duit tu je. alaa mane ada orang senang2 nak dapat duit banyak tu tanpa perlu buat apa2, just gi attend program sahur tu je... majlis tu dijangka start kul 3 lebih dan habis kul 5 lebih.. lame kan? tapelaa, lau ngantuk sangat esok, tido jela depan makanan tuu. hahaa. tapi yang x best nye kena pakai baju kurungg!! hwaaaaaaa gile ape pakai baju kurung pagi2 buta pegi sahur.. kena kumpul kat depan kolej lam 2.30pg.. adushh mujurlaa kawan aku yang non-resident jugak turut sama join benda nie. dia laa yang datang ambik aku kat rumah aku nie..

panjang lah pulak aku taip malam nie. penat dah weyyhh. nak wat assignment critical thinking pulak nie. nie laaa kehidupan seorang student business.. hukhuk..

GOOD NIGHT.. BYE~