paypermails.com

Monday, 31 March 2014

aku saksi accident??

assalamualaikum guys.. 

harini aku kembali lagi singgah kat wall blog aku nie. xtahu ape semangat yang merasuk aku malam ni utk menaip email dan password blog lalu men'sign in' kan diri yang manis letinggg nie. *bab perasan dah dtg. opsss.. hihi.. okay, lupakan pasal manis susu or manis gula tu. so dalam kesibukan dan kebimbangan aku pasal insiden yang menimpa #MH370, aku sempat jadi saksi kepada satu kemalangan nie. kemalangan nie betul2 berlaku depan mata aku. memang scaryyy gilaa2. tp aku nak ingatkan, nie bukan pasal airplane ke ape2 plane nie, nie pasal MOTOR ACCIDENT.. kesian gilaa kot kat si penunggang motor nie. 

alkisahnya bermula bila hari tu hari sabtu, alaaa sabtu baru2 nie tu, yang time mak ayah sume duk sibuk memenuhkan jalanraya dan menyesakkan trafik lalulintas dengan menghantar anak memasing balik ke hostel. *ape punye ayat daaa. macam berbelit2 je*.. time tu ada la satu kereta nie, myvi merah darah ikan plat "W xxxx A", huruf je yang aku ingat, number kat tengah2 tu aku x ingt, so aku gantikan dengan xxxx tu. si pakcik sekitar awal 50an bwk myvi nie bajet2 kuala terengganu nie ala2 KL la kot, KL tu stand for Kuala Lumpur, bukan Kandang Lembu okay! pakcik myvi nie dengan steady buat u-turn kat tengah2 jalan tanpa pndang kiri kanan, dengan signal x bagi, terus redah. nak dijadikan malang buat si penunggang motor EX putih plat TBK xxxx nie yang tengah bawak moto dari arah btentangan dengan kelajuan biasa dan tgah bawak kat line jalan yang betul, try la nak elak si myvi nie.

malang x berbau bagi si pembawak EX nie.. lepas dia bjaya elak myvi tu, dia jadi hilang kawalan lalu terbabas. haaa masa nie la dia buat brek kecemasan. tp kebetulan pulak masa tu, kawasan yang dia terbabas tu kawasan berpasir dan ade pulak sebuah lori tengah parking kat situ. for your information, lokasi lori tu parking memang tempat parking lori kalau dorang nak berehat. so si driver lori nie x salah. lepas dia buat brek kcemasan dan tgelincir kat kwasan bpasir tu, badan dia melayang ke hadapan, memang betul2 kena pada belakang lori. motor dia dah tercampak kat sudut jalan. nampak x jarak dia kat situ? yang ajaibnya motor dia x rosak pape or pecah pape, dia je yang langsung xleh nak bgerak, tp still hidup okay!! 

yang aku bengang, driver myvi nie x mengaku salah dia u-turn gitu, tp dia salahkan si mangsa nie sbb bwk laju katanya. sedangkan aku sendiri yang saksikan kejadian tu dari awal dia u-turn sampailah mangsa nie dibawak pergi oleh Pertahanan Awam. kami semua panik kot sampai x sempat nak ambik no plat kereta myvi tu. yang aku hangin sangat, si driver myvi nie blah macamtu je. aku yakin driver dia orang luar kalau tengok dari cara percakapan, gaya, lagak sombong dan plat kereta. mesti tertanya2 nasib si mangsa nie kan?

sedih utk aku cakap kat sini yang setakat harini, mangsa dah 2x koma. kali pertama koma waktu dihantar ke hospital, keesokkan harinya dah sedar and today dah koma balik. menurut abang mangsa, keadaan mangsa sangat2 teruk sekarang. banyak inner injuries such as kat cedera buah pinggang, paru2, tulang betis dan rusuk patah and pg smalam baru je pihak hospital buang darah beku pada paru2 mangsa. sama2 lah kita doakan supaya mangsa akan pulih seperti sediakala. InsyaAllah.. Amiin :)

p/s : nak kemeja jeans selaii pleaseeee~

Friday, 7 March 2014

rambut sama hitam tapi hati lain-lain

nak burukkan nama orang je tahu..


tu la contoh manusia yang busuk hati.. 

bukan nak mengata, bukan nak menghina..
jauh sekali mengeji..
bukan nak menjatuhkan sesiapa..
bukan juga nak mengutuk si empunya diri..
tp hanya sekadar luahan rasa seandainya ada insan yang mengerti..


kadang2 apa yang sebenarnya terjadi terselindung di sebalik penipuan..

tertanya2 ape yang aku maksudkan?
hmm sebenarnya aku sakit hati kat sorang nie
sesuka hati dia pergunakan nama aku supaya nampak yang buruk tu sume aku
yang baik sume dia kat mata orang lain
ape? kaki hitam berkarat boleh sorok dalam kasut, cik kak
tapi kalau hati tu dah hitam?
mana nak sorok?


bukanlah bermaksud aku benci si empunya diri yang dimaksudkan tu

bukan jgk bermakna aku x boleh nak se'kepala' dengan dia..
tp biasalah.. manusia.. mana ada manusia sempurna
aku pun insan biasa tp sekurang2nya aku tahu nk beza mana satu buruk dan mana satu baik
bukannya nak hentam yang buruk tu atas kepala orang lain
and yang baik tu kau makan sorang2..
semua insan x sempurna..
tp iman dan amal yang mendidik kita ke arah yang lebih baik
ke arah kesempurnaan
kalau awak tu sembahyang entah ke mana
konon2 ABC la, kena berpantang la ape la
puasa pun entahkan puasa entahkan tidak..
cik kak.. orang tengah nazak pun sembahyang tau
ape lagi awak yang sihat tubuh badan
hmm.. nak ditegur takut dicakap kurang ajar
xpandai hormat orang tua
tp itulah.. hmmm solat tu kan tiang agama
aku rasa mungkin sbb tu lah dia sendiri dah x stable
kepala hotak dia entah ke mana


sibuk mengata orang lain, kain sendiri terselak pun masih x sedar

sibuk burukkan nama orang lain, nama sendiri terpalit sama pun x heran
sibuk mengumpat si polan dan si polan, diri sendiri bukan sempurna pun
sibuk gunakan nama aku utk luahan hati sendiri kat orang lain
konon2 aku lah yang kata sume tu
padahal dia yang beria-ia pada mulanya
knape bila orang lain persoalkan isu ini, nama aku yang naik?
nie lah yang terjadi bila mulut awak tu sama busuk je dengan tong sampah
dasar busuk hati. 


aku malas nak story panjang2 pasal si dia yang tak sedar diri tu

biarlah dia dengan caranya
yang suka menyalahkan orang lain atas kesilapan dia sendiri
yang suka buka aib orang lain tanpa sedar yang aib dia sendiri dah lama tbuka
semoga dia diberikan hidayah olehNya..
InsyaAllah.. Amiin.. :)



p/s : biar kurang rupa, jangan kurang adab, biar kurang harta, jangan kurang ibadah, biar kurang famous, jangan kurang ajar.. Karma? no, in Islam we have Kifarah. what you give, you'll get it back. either it is in a good way or vice versa. Allah is fair, you know? :)



Thursday, 6 March 2014

cerita lapuk..

hai haii.. da lama sangat dah aku x bukak blog berhabuk aku nie. dah bersawang sume dah pungg. fuhhh fuhhh *tiup* *lap2 blog* and now dah clean balik. hehe. bukan ape. almaklumlah busy sangat skrg nie. lepas je aku habiskan zaman diploma aku, kehidupan aku totally berubah. yela, lepas habis diploma, aku terus kerja, mana ada masa nak main2 macam orang lain. takpelah, kerja tu pun utk kesenangan sendiri jugak. =)

pelikkan tetibe je knape aku rajin nak update blog nie. entahlah, aku pun x tau knape. mungkin sbb harini aku cuti kot.. banyak benda yang berlaku sepanjang aku menyepi. social website? fb pun dah kurang main, twitter pun skadar bukak dkat fon je, tu pun xde lah sekerap macam dulu. aku macam boring gilaa dah nak layan sume benda alah nie. aku pun x tahu knape. mungkin sbb aku dah matang sikit kot. sikit laaaa. hihi

bukan ape, bila bukak social websites, aku tgk kawan2 aku sume duk update life dorang pasal degree. hectic life la ape la. sejujurnya, aku cemburu. cemburu sbb nasib aku x sebaik dorang. yes, aku dapat offer degree. Operation Management kat UiTM Sungai Petani. hahh? ape? tanye knape aku x pergi? hmm adalah tu sebabnya. biarlah sebabnya kekal tersimpan dalam diri aku dan mereka yang mengetahui je.

and now, lepas orang yang paling rapat dengan aku #CMA dapat sambung degree kat UiTM Dungun, aku lagi2 lah frust, kecewa, kesal dengan ape yang dah terjadi dengan takdir hidup aku. dulu, aku percaya setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya, but after almost one year masa berlalu, aku still x nampak ape hikmah yang ada di sebalik sume ni. ye, aku happy bila dia boleh sambung degree since last intake dia x dapat offer. dia ambik kos finance pun sebab aku, sbb aku yang minat sangat dgn finance. walaupun finance tu bukan minat dia, tp aku harap dia boleh survive dengan kos tu dan bjaya genggam segulung ijazah tepat pada masanya. InsyaAllah.. ^_^

lastly, aku nak share satu lagu yang bagi aku mmg best.. kena la share, xkan nak makan sorang pulak kan sayang? haha sbenarnya budak kerja aku yang perkenalkan aku dengan lagu nie. lagu nie jugak jadi kegilaan budak2 kerja aku. aku pun dah rasa addicted dgn lagu nie. before aku end entry aku, aku nak share lagu nie utk readers blog bhabuk aku nie and JANGAN NAKAL SAYANG! bear in mind tau! hihi.. 

tajuk lagu nie JANGAN NAKAL SAYANG by MANTAN BAND errr kalau x silap aku laa. okay laaa, panjang sesangat dah entry aku kali nie. lepas gian menaip kot. so bye sayangku. roger and outt!!


p/s : what a beautiful night. miss me? look at the stars on the sky. fyi i have my own star at the sky. each time i look at my star, my heart will be at ease.. don't steal my star. find you own star okay?! <3


Friday, 10 May 2013

result~

hye hye dearies...

nothing much to update, but here i would like to share something. something yang boleh buat aku tersenyum gembira bila terfikir pasal benda tu.. okay, aku malas nak putar belit ayat, so here aku nak memanjatkan rasa kesyukuran yang x terhingga kepada Allah yang Maha Esa kerana beri aku rezeki yang sangat bermakna bagi aku.. walaupun aku x dapat Anugerah Naib Canselor (ANC), tapi aku tetap gembira sbb keputusan aku naik dengan mendadak. Alhamdullilah..

akhirnya aku berjaya grad dengan jayanya bersama insan2 yang tersayanggg dengan mendapat diploma kelas pertama.. dan orang yang paling rapat dengan aku pulak berjaya lulus dengan bergaya, tanpa sebarang repeat paper.. alhamdullilah jugak.. congrates #CMA :)

sebenarnya aku xtau nak update ape sbb mata memang dah mengantuk gilee.. almaklumlah dah almost 1 a.m.. dah la bangun awal, kerja pulak, lepas tu tido lewat. memang xcukup tido la aku nie. aku dah la kaki tido.. naya betul. haih... oh my readers, lupa nak cakap, please pray for my grandma's health tau. sbb dia bukan in a pink of health sekarang.. kesian dia, sakit sampai susah nak bangun. semoga tok sihat kembali..

dah berpuluh kali aku menguap, mata pun dah berkali-kali terlelap, so aku rasa baik aku off lappy sekarang. masa tido penting sekarang nie utk aku tau. almaklumlah jadual aku seharian cukup padat sampaikan aku rasa macam kurang masa utk berehat. tp xpe, tu lah yang dinamakan pengorbanan. aku rasa macam dah xlarat nak taip banyak2 lagi sbb aku mmg dah layuuuuuu di pusara gila2. okaylah, till we meet again.. bye dear :)

p/s : i won't interfere your LIFE anymore..

Monday, 29 April 2013

coretan hati..

no idea tp tangan menggatal nak mengupdate blog
maybe sebab bosan kot.. 
harini aku just nak cakap pasal RESULT
ehh jangan salah faham
result x kuar lagi
aku just nak share kat sini result kuar 9hb may..
nie pun aku dapat tau dari gamus official twitter
entahkan betul or just rumours only aku pun xtau
tapi tape laa, aku dah buat yg terbaik utk final exam nie
usaha dah, bdoa pun dah, now ape yang boleh aku buat just bertawakal je
hopefully result sem nie memberangsangkan
why?
sbb aku harap sangat2 result sem nie boleh naikkan CGPA aku
em actually CGPA aku tu tade la teruk sangat
but dah sipi2 nak dapat 3.5
so aku harap sangat sem nie CGPA aku more than 3.5
insyaAllah, amiin :)

apa pun, walau sebaik mana or seburuk mana result aku
aku akan redha dan pasrah
sebab aku tau semua yang berlaku ada hikmahnya
mungkin Allah nak uji kesabaran aku dalam hadapi dugaanNya
mungkin jugak dah ada perancangan yang lagi baik utk aku
who knows kan? 
that's why aku cakap, aku akan redha dengan segala ketentuanNya
sebabnya aku dah perform yg terbaik..

ohh ye, haritu aku pegi interview SPA..
bidang nursing.. tetibe je dapat, maybe kakak aku tlg isi kan kot
nursing nie bukan minat aku sebenarnya
but dah dapat tu, so pegi je la interview
mana tau rezeki ada kat sana
family dan orang2 yang rapat dgn aku pun suruh pegi
sbb nya SPA nie menjamin pekerjaan 
lagipun elaun tinggi wooooo
so doa2 kan lah aku supaya diterima masuk dalam KKM tu ye
ehh xtau ke KKM tu ape..
adooyyaiii kesiannya diaa..
KKM tu Kementerian Kesihatan Malaysia
errr aku pun xsure sebenarnya, main hentam je
so korang pinjam khidmat pakcik google la sekejap yeee..

got to go.. till we meet again in next entry.. lots of love to YOU my baby and i love you.. bye <3

p/s : doakan yang terbaik utk aku ye.. 


Friday, 19 April 2013

goodbye without reasons is the most painful one, love without reasons is the most beautiful one..

hai hai all !

harini aku x nak update pape sal life aku.. aku just nak dedicate entry nie utk someone yg rapat dgn aku.. actually aku baru je lepas bukak blog dia nie.. hmm aku dapat bayangkan kesedihan dia without the one yg dah bsama dia for more than 6 YEARS.. ohmaii.. Ya Allah, kurniakanlah kekuatan dan kesabaran dalam diri Anish Ameera. sesungguhnya hambaMu itu telah banyak menempuh pelbagai dugaan dalam mempertahankan hubungannya bersama insan tersayang..

dear, memang kumbang bukan seekor. jadikanlah hubungan you dgn si dia tu sbagai titik permulaan untuk kehidupan yang lebih sempurna. ingatlah, yang terhebat itu tidak semestinya yang terbaik, tetapi yang terbaik itu sudah semestinya yang terhebat. you berhak dapat lelaki yang jauh lebih baik dari Mr. R.. maybe he's not your Mr. Right. but don't worry dear, kalau memang jodoh you dengan dia, walau sejauh mana pun dia terbang, dia pergi, dia akan tetap kembali ke sisi you one fine day nanti..

i hope you tetapkan hati you demi sebuah kehidupan yang lebih bermakna. who knows, nanti kat degree, you jumpa someone yang betul2 dapat buat you bahagia dan always tersenyum tanpa perlu menitiskan walau setitik airmata untuk dirinya.. kasih sayang xdapat dinilai dengan berapa lama usia hubungan tu, kadang2 orang yang dah lama kita kenal tu, yang kita rasa betul2 kita kenal dirinya, sebenarnya kita xkenal sangat pun.

a real boyfriend and girlfriend stand by each others side on good days and stands even closer on bad days no matter what. when a female is used to getting hurt, she won't know how it feels when a man starts to appreciate her, so she ends up pushing him away. nobody's perfect, we screw up, we make mistakes, have heartbreaks, go through hard times but you need to know that this is life. 

he saw you, he met you, he wanted you, he liked you, he chased you, he got you., he had you, he got bored of you, he left you, he broke you. tu your love cycle, right? buka mata, buka hati, buka minda, kalau you still sayangkan dia sama macam first year dulu, then go back to him. but if you don't want to be in the same situation for another 6 YEARS, please go far away from him and your previous memories with him. just follow your heart, dear.. but don't forget to bring your brain with you.. i can't stand seeing you nangis sebab dia lagi.. hmm..


when a person cries, and the first drop of tears comes from the right eye, it's happiness. but if it's from the left, it's pain! i'm not there utk dengar tangisan you lagi sayang. but i'm always here and available for you.. remember happiness doesn’t depend upon who you are or what you have, it depends solely on what you think. nothing is predestined. the obstacles of your past can become the gateways that lead to new beginnings. happiness does not depend on outward things, but on the way we see them. don't let a bad day make you feel like you have a bad life.


ernish shah,

no matter how hard the world pushes you aside, i'm always available for you dear :)

AND PESANAN UTK READERS YANG BERGELAR LELAKI :


jangan biarkan perempuan merajuk terlalu lama dengan kita. mungkin ada lelaki yang akan memujuk dia. dan kita bakal kehilangan dia.


p/s : i love and miss you so much my DOMO.. entah bila lah dapat jumpa. hopefully one fine day, kita dpt jumpa jugak.. :'(

Saturday, 13 April 2013

dah terlalu lama rasanya aku x bukak blog nie.. em bukannya apa, quite busy la katakan.. bermacam2 benda yang berlaku dalam tempoh masa aku x update pape tu.. tp pape pun, tu lah kehidupan. bermacam2 ragam manusia yang aku kenal sepanjang hidup aku ni.. ohh btw, lupa nak bgtau.. aku dah habis dah part 6, and InsyaAllah akan GRAD dgn jayanya.. Amiin.. aku baru je pas bukak fb, pelik pulak dgn budak2 class aku nie, result diploma x kuar lg sume pakat update officially grad. oii syg, mana ade officially grad. anda anda dan anda sume tu x sure lagi boleh grad ke x, kan result x kuar lg.. mane la tau kot2 ade ter-REPEAT paper. haaa.. bukan mintak dan doakan, tp mintak2 la dijauhkan benda tu..

xmungkin aku akan dilupakan kenangan bersama mereka yang disayangi sepanjang pgajian aku kat diploma nie. and this sem, aku diberi kesempatan utk kenal lebih ramai kawan.. alhamdullilah.. haaa harini aku kena gi interview keje. tp not now lah syg.. petang nie la. x tau la dapat x.. kerja yang di offer kerani admin + tutor sekali. ada satu lagi yang duk call aku dari haritu lagi ajak keje, but now after tau tu company kereta, my mum cakap 'em better xpayah.. kerja macam tu agak berisiko'. so aku pun malas la.. baik ambik keje kat tutor + clerk tu.. hmm but agak jauh la dari rumah aku.. penatlah camtu :( takpela, yang penting experience! hehe..

sepanjang sem 6 nie bermacam2 benda yang aku lalui. pelbagai sweet moments yang kitorang tempuhi and i'll definitely miss them ! hidup nie ada pasang surutnya. kadang2 bahagia melanda, kadang2 derita menghampiri. hidup kita ini ibaratnya kapal di tgah lautan. berisiko utk dipukul ombak dan kalau kita x pandai nak kemudikan kapal tu, kita akan tenggelam, karam di lautan.. sebab tu lah kalau ada sebarang dugaan melanda, kita kena cekalkan hati, tanamkan dalam diri PERSETANKAN kau! sem ni tipu la kalau aku cakap tade kawan makan kawan.. tp aku ignored kan je.. lantak kau lah, yang penting datang melutut mintak maaf dlu baru aku maafkan. tu lah, sape suruh mulut jahat sgt, busuk sgt bau longkang, duk sebar fitnah and bad rumours pasal aku. kan dah makin gelap hati kau tu.. bluerkkk dasar friends for benefit. hopefully aku x jumpa dah spesis kawan2 macam ni lagi after this.. 

stop pasal manusia tu. now aku nak share ape sweet memories sem nie.. bagi aku laa, ade 2 kenangan sem 6 yang x mungkin aku lupakan. yang pertama ACADEMIC VISIT TO PENANG dan yang kedua GATHERING DAY BM1116A.. okay, aku malas dah nak type panjang2. so let the photos talk.. ^_^

TRIP TO PENANG


dalam feri 


with my alarm clock, nada..


At Jeruk Pak Ali


baru lepas shopping jerukk!!


Bukit Bendera.. here we come !!!


with them 


GATHERING DAY 





P/S : i've already miss you.. pls say you miss me too. heee.. i'll never forget you for even a second..