paypermails.com

Monday 14 November 2011

hehe ^_^


Mesti korang pun pnah terdengar orang – orang disekeliling korang bercakap tentang hal nie kan dari keluarga,jiran-jiran,kawan – kawan dan sebagainya . sejauh mana kebenarannya ?? hmmm ni kata orang tua – tua tapi nAk percaya atau tak terpulang lerrr .. mungkin yang berpengalaman dalam rumahtangga boleh mengesahkan info nie …  :->
Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.  ^#(^
Tetapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarganya.

i) Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air – kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api – ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin – keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah

Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api

Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin

Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
* Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
* Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.
* Pandai mewujudkan suasana selesa dalam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan


#err, aku anak ke-3.. so api laa.. korang camner? kaji la diri anda sendiri#

Saturday 12 November 2011

santai corner~

okay, today aku nak share something..
kalau rasa nk try, di alu-alukan
BUT! 99.99% aku confirm, tade sorang pown yang akan follow
actually pe yang aku nak mengarut lam entry rini ialah PETUA
some petuaS yang sesuai diamalkan oleh sume peringkat usia
hwakakakakaka
opss btw 18sx only taw
sesape yg belum 18 tu, please.. off entry aku nie
let scroll down! and count sampai 10

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

now... here we go! 20 petua yang boleh dipraktikkan.. hehe


a. Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang
b. Menegangkan Kulit Muka - Stepler Tempat Yg Kendur Tue..
c. Menghilangkan Cagu - Potong Jari Yg Kena Cagu Tue...
d. Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi
e. Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak...
f. Melentikkan Bulu Mate - Pakailer Bulu Mate Palsu...
g. Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut...
h. Mengurangkan Dengkur - Kurangkan Tidur..
i. Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya... .
j. Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum...
k. Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2...
l. Menyegarkan Mate - Tuang Eye Mo...
m. Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...
n. Menghilangkan Kelemumur - Gunekanlah Syampu Rejoice..
o. Menurunkan Berat Badan - Turun Ikut tangga kecemasan..
p. Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket- Jengket...
q. Memerahkan Bibir - Pakai Lipstick arr..
r. Menghaluskan Kulit Muke - Gosok Dgn Kertas Pasir
s. Menaikkan Seri Muke - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangge..
t. Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi


MUAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAAHHA...
JANGAN MARE  DER....


Thursday 10 November 2011

KL versi TERENGGANU

memang power law orang terengganu try nak ckp key ell..
contoh ayat mudah je..

1. eee banyak nyer nyamak, berberang-berang
2. akak, tulun renbus tela 3 butir
3. bro, tulun beli air, belan2 nak g kedai
4. bang, nak rokak sebatang
5. tengah goreng ikan, menepus pulak ikan nie
6. sory, saya tak sengeleng lalu kat sini
7. kenapalah tak royat awal2, kalau tak, boleh saya tulun
8. cantik pokak bunga nie, kalau buleh, nak se
9. abang, nak beli cokelat seringgit, buat samah-samah
10. lamanya tak gerak sampah, daun2 berkuban anyar


hehe. nie la kehebatan orang terengganu kalau cakap guna bahasa standard.. 
korang yang bukan anak terengganu tu MAMPU?? hahaa

Saturday 5 November 2011

HATI ORANG AKU KENA JAGA
HATI AKU SAPE YG NAK JAGA???

#macam bengong bangang je#

Thursday 3 November 2011

result!

cam bangang je result sem nie
study bagai nk rak pown dpt result gitu
nie yg buat aku rasa nk myumpah diri sendiri nie
apakebangang sgt laa otak aku nie
tp aku rasa macam boleh score je final ritu
tp result aku actually tade la teruk sgt
just xley dekan je..
dekan a.k.a DEAN LIST!
sedih dowhhh
mmg sedih
aku pown xtaw cmner nk ungkapkan dgn writing nie
aku bukanny pndai sgt bab2 mengarang ayat nie
erm harapan utk dapat hadiah new handphone dari akak terkubur begitu shj
cheewahh.. ayat macam olahragawan  sasterawan negara x??
hehe.. aku nie bakal pgganti usman awang or a.samad said taw!
cool  x aku?
tp pape pown aku still bsyukur sbb tade repeat paper
GPA aku pown still meningkat kalau nak compare dgn sem lepas
CGPA aku je yg jatuh sbyk 0.3.. tu lah yg buat aku depressed  frust sgt nie
tp still thanks to akak coz bg aku duek..
sbgai support la tuu or senang cite ganti new handphone tuuu
credits to my family especially my parents and sister..
and xlupa jugak kat cm asyraf
dorang2 yg tertulis di atas tu banyak support aku
bg semangat kat aku
smpai aku xlah rasa se fuck  suck macam sem lepas...

thanks to them.. and for sure, i'm very grateful for having them in my life
love you guys.. <3