paypermails.com

Tuesday 17 May 2011

Sesak nafas bukan asma

Before jumpa doctor :
Onset: mula start dapat sesak nafas ni bila? Bila yang jadi semakin teruk.
Duration: Sekali kena sesak nafas tu berapa lama, 5 min? 30 min?
Relieving Factor: Kalau sesak nafas tu, apa yang buatkan sesak nafas tu hilang? duduk? minum air? ambil puffer?
Agravating Factor: Apa yang buatkan sesak nafas tu teruk? Bediri? Bercakap? etc.
Severity: Bila exercise baru jadi ke, bila jalan biasa2 pun boleh jadi ke, atau waktu baring duduk2 biasa pun boleh jadi?
Associate Symptom: Ada batuk? Ada sakit kepala? Sakit dada masa kene sesak nafas tu?

ramai yang menganggap asthma merupakan penyakit kanak-kanak. Sebenarnya, penyakit asthma juga boleh terjadi kepada orang dewasa. Penyakit ini dikenali sebagai "Adult-Onset Asthma".

Adult-Onset Asthma adalah asthma yang didiagnos kepada mereka yang berumur lebih dari 20 tahun. Kebiasaannya, asthma didiagnos ketika peringkat kanak-kanak, kerana ia terbentuk di awal peringkat umur berikutan komponen genetik yang berkait rapat dengannya.

Dalam penyakit asthma, dua komponen yang paling penting menyumbang kepada terbentuknya penyakit ini adalah genetik dan persekitaran. Seiring dengan berkembangnya kajian mengenai epigenetik, kajian menunjukkan semakin ramai yang didiagnos dengan adult-onset asthma berikutan meningkatnya pengaruh persekitaran yang boleh menjadi "trigger" biarpun di usia dewasa.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di sini: http://www.webmd.com...lt-onset-asthma/

Mengenai masalah yang dihadapi thread starter pula,

Keyword yang paling deskriptif yang digunakan oleh thread starter dalam menerangkan masalah beliau adalah "tersangkut". Bila disebut nafas tersangkut, ada beberapa yang perlu diambil tahu,

- sangkutnya di mana? adakah sangkut di bahagian tekak atau leher (disebut "upper airway"). atau mungkin terasa sangkut di bahagian dada. adakah sebelah dada sahaja atau di kedua-dua belah?

- sangkutnya ketika mana? menarik nafas atau menghembus nafas? di awal menarik nafas atau ketika tarik nafas dalam2 baru rasa tersangkut?

- sepanjang masa kah rasa tersangkut? atau ketika makan saja, atau ketika senaman, atau ketika tidur pun rasa tersangkut? pernahkah terjaga dari tidur kerana sesak nafas?

ini antara soalan-soalan yang penting dan perlu diambil tahu sebelum memutuskan apa masalah tersebut lah. huhu. keyword "tersangkut" ini deskriptif bagi masalah "airway obstruction", dan ada banyak penyebab bagi airway obstruction, termasuklah

- asthma, tentunya. 
- foreign bodies
- bahan kimia tertentu atau faktor udara yang menyebabkan saluran pernafasan menyempit (rokok, asap, aircond sejuk dll)

serta banyak lagi keadaan yang lebih serius termasuklah polips, edema, tumor dan lain-lain.

So pendek kata, sewajarnya lah anda berkunjung ke doktor untuk benar-benar mengetahui dan menyelesaikan masalah ini. Apa yang akan doktor lakukan? 

Pertamanya, tentu sekali doktor akan bertanya masalah anda. Huhu. Kemudian, doktor akan mendengar paru-paru menggunakan stetoskop bagi menilai fungsi paru2. jika perlu, mungkin doktor akan menguji menggunakan spirometri (sejenis alat untuk menyukat pernafasan dengan memerlukan anda menghembus kedalamnya). 

Jadi, tidak perlu risau untuk berjumpa doktor.