Tuesday, 24 March 2015

my life nowadays...

hello people! 

dah lama rasanya aku x coretkan something pada wall blog aku ni. aku pun tersaaaaaaaaangat lah busy sekarang nie. why? sbb life aku dah berubah almost 90%.. uishh banyakkk tu. biasanya orang yang berubah life nie sebab faktor perkahwinan kan? tapi aku x. life aku totally berubah sebab aku dah dapat kerja lain, yang jauh dari orang kesayangan aku dan langsung xterjangkau dek akal yang akhirnya aku akan terdampar sendirian di sini. chewaahh ayat tu memang sentiasa takleh blah. bukan jauh sangat pun, tp sekarang aku dah kerja kat Bukit Aman, Kuala Lumpur. datang kerja lepas subuh, balik kerja hampir maghrib. wahhh! sukaaa! kenapa lah orang duk gila-gila sangat nak duk KL? aku pun xpaham. aku duk sini sebulan pun dah rasa macam arghh serabuttt! jem sana sini. 

life aku kat KL nie memang miserable gile, serabai.. kenapa aku cakap camtu? sebab serious memang x terurus. yela dah terbiasa duk rumah makan best2, ma asyik masak favourite aku je, tetibe datang sini makanan serious x best! but thanks kat mereka yang bersusah-payah carikan aku keli goreng lada, siap ada yang bawak dari negeri 9 lagi. ada yang bawak aku pegi cari keli ke sana sini semata-mata nak puaskan selera aku. thanks guys. yang lagi best, ada member aku bawakkan pegi taman layang-layang. kat sana memang banyak gilaaaa keli hidup. besar-besar pulak tu. wahhh heaven gila bila boleh tengok keli-keli bebas berenang. serious happy.. 

kat sini aku boleh kenal macam-macam orang dengan bermacam-macam jenis perangai. tapi yela, dah nama pun lain-lain, for sure la habits pun lain-lain. aku jugak belajar utk jadi lebih positif dan tanamkan sikap nak belajar benda baru. bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. duduk kat sini kena belajar telan je ape aje yang diarahkan. yela, siapa lah kita nak banding dengan mereka yang lain. but so far, aku takde masalah dengan mereka sume. life miserable, kos hidup tinggi, gaji lambat lagi woiii! should be hari nie government punya workers dah dapat gaji, but since aku nie still muda bergetah dalam PDRM nie, next month kot paling awal baru dapat gaji, sedihhh!!

sekarang nie, arahan penempatan aku dah keluar. so officially aku dah dapat permanent job kat Bukit Aman nie. tinggallah aku di sini menggantikan tempat Syed Shah Haddad. dia ni dapat pindah Terengganu. btw thanks sangat2 Haddad sebab banyak membantu dalam memahami dan mempelajari cara kerja di sini. semoga sukses selalu dan cepat2 kahwin. duk sebut pasal kahwin, bila la kakak abang aku nak kahwin. hahaha penat dah aku tolong jawab utk dorang nie. even member2 kat sini pun kerap story pasal anak sedara dorang. waaaaa aku pun nak merasa jugak perasaan ada anak sedaraaa.. T_T

panjang sangat dah entry kali nie. haha. actually aku xtahu nak buat apa sebab sekarang pun x pukul 8 pagi lagi. tu yang rancak sangat jemari nie menari kat keyboard nie. haha. okay lah, since kat kul 8++ so aku mintak diri dulu. babai peeps.. 

p/s : waiting for something miracle to happen. waiting for someone to show up. don't let my mood keep drowning. help me out from darkness and grab my hand, take me away.. miss my beloved person. eagerly waiting to fly to Terengganu. 

mood : freaking disturbed