Thursday, 7 May 2015

be strong!


almost 2 months aku x bukak blog nie. actually aku bukak blog nie bila aku boring, free dan xtahu nak buat apa. baru la aku bukak blog nie dan merapu kat sini. cruel kan ayat? keje lately agak banyak dan meletihkan. aku duk sini pulak jadi malas nak makan. selera tu kurang, tipu la kalau cakap langsung x makan. aku makan je tp demand tu ade. haha. sebab tu senang cite bila orang Tanya kenapa x makan, senang jawab diet. yela, nanti kang kalu aku jawab xde selera la, xkena dengan kehendak aku la, xmasuk dalam list taste aku la, macam2 soalan pulak yang muncul. aku ni bukan rajin sangat nak melayan. hahahahaha.. aci redah je ayat kan?

aku terkesan jugak dengan satu cite yang dikongsikan oleh member aku. masalah cintun katanya. member aku story pasal boyfriend dia yang cakap kasar dengan dia time marah. pastu duk kuarkan kata2 yang menyakitkan hati. lagi sakit bila time sweet duk bersayang2, time marah, nah! aku kau yang keluar. adoii. pastu pulak boy dia nie complaint macam2 mengenai perangai dia. yela, sape mampu sabar bile asyik dituduh, difitnah konon2 ada lelaki lain kan? aku try letakkan diri aku dalam situasi dia. ehh kawan aku tu, mestilah aku try nak fahami masalah dia.. baru la boleh jadi kaunselor yang terhebat tanpa perlu dilatih hehehe

sebenarnya entry kali nie aku tujukan khas untuk member aku. bersabarlah dalam menghadapi cabaran dalam perhubungan. manis cuma seketika, pahit yang datang selepasnya. hubungan nie ibarat kapal. kita yang jadi nakhoda, kita yang lead kapal kita, kalau kita sendiri salah setting layar sampai kita tersasar dari laluan asal, confirm la kita kena re-set balik layar kita. untuk bawak kita ke jalan yang betul. barulah hubungan tu boleh aman.

dalam hubungan nie mesti ada give and take. jangan asyik kau sorang je yang give give give, tapi xde satu pun yang kau boleh take dari dia. tu melampau namanya, macam member aku yang baru balik dari kampung. dia story duit dia tinggal rm200 lagi. sedangkan baru seminggu dapat gaji. aku tanya la, kau buat apa dengan duit bebanyak balik kampung? serious gila kot. camne nak survive sebulan pulak duk sini? nie bukan kampung. kuey teaw goreng sepinggan sekali dengan air pun dah rm10. tu baru sehari. kalau sebulan? xmampus poket kau? pastu kau nak makan ape?? dia diam. dia cakap dia balik kampung, dia keluar dengan boyfriend dia. boyfriend dia mintak belikan macam2. pastu belanja makan la, baju la, wayang la. hmmm so girls, beware of this type of guys. memang guys macam nie pandai ambil kesempatan atas kebaikan kita. semoga kawan aku tu dapat kesedaran yang bukan semua lelaki boleh dipercayai dan baik hati budinya.

okay, berbalik pada cerita member aku yang bermasalah dengan boyfriend dia tadi. dia cakap hati dia dah tluka sangat, sebab dah berkali2 benda yang sama berulang, bukan sekali tapi berkali2.. tiap kali gaduh, dia nangis. pastu dorang berbaik balik sebab salah sorang akan mengalah. tapi kali nie dia cakap hati dia keras sangat. dah xmakan dengan pujukan. hmm aku pun xtahu dah nak cakap apa. tapi bagi aku, kalau sebelum kahwin dah xleh nak kawal baran, gaduh sikit dah aku kau, nanti lama2 mesti naik tangan. walau hubungan dorang dah hamper 4 tahun, fuhh lama tu.. nak clash pun rasa sayang kan? buatlah keputusan terbaik, kawan. kalau rasa dah x mampu nak tahan, putuskan aje. kalau rasa sayang tu masih mendalam, teruskan je hubungan tu.

sebagai kawan, aku hanya mampu menasihati. semuanya depends pada kau untuk buat keputusan terbaik bagi diri dan masa depan kau. aku doakan yang terbaik untuk kau. cuma, jangan buat keputusan time kau tengah marah. keputusan yang dibuat ikut amarah nie memang akan bawak penyesalan di kemudian hari. kalau still sayang, stay, but sama2 lah ubah perangai ke arah yang lebih baik. yela, kalau sekarang sebelum kawin, dah xdapat control temper, asal gaduh cakap kasar2, pastu ajak clash, nanti silap2 bila da kawin, gaduh sikit dah naik tangan pastu cerai. adoii mintak jauh, mintak simpang malaikat 44..

dah panjang sangat entry nie. aku pun dah berapa kali type stop type stop. sebab duk type entry sambil wat keje. banyak keje nak kene setel. maklumlah esok dah cuti. hehehe.. okay la. sampai sini je utk kali nie. good bye peeps.. to my friend, all the best for your relationship. moga cepat2 kahwin. aku pun dah penat tengok kau duk nangis. semoga lepas kawin, hubungan korang akan jadi lagi baik.. xpayah la nak tunggu sampai hubungan tu 10 tahun baru nak kawin. kawin cepat2, kurangkan maksiat, hindari dosa. hahahaha.

kebahagiaan bukan datang sekelip mata. kita yang corakkan kebahagiaan kita sendiri. kalau kita pandai kemudi kapal kita, insyaallah kebahagiaan tu akan jadi milik kita. xperlu nak bersedih sekiranya dia yang disayangi tidak menjadi milik kita. setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. mungkin Allah SWT tarik dia dari sisi kita untuk gantikan kita dengan yang lebih baik. sape tahu? tp kalau dia memang jodoh kita, walau sejauh mana dia pergi, dia akan tetap kembali kepada kita. cuma satu, ingatlah, setiap manusia ada pro dan kontra yang tersendiri. ada sikap yang negative dan ada yang positive. pasangan tu la yang akan melengkapi setiap kekurangan kita. dan kelebihan kita yang akan mengimbangi kekurangan pasangan kita. mungkin ada pasangan yang jenis pemarah vs penyejuk. bising vs pendiam. tu yang akan menyempurnakan sesuatu hubungan.

kita xleh nak expect everything is perfect dari pasangan kita. sebab kita pun manusia biasa. dalam hubungan nie biasa lah ada pasang surutnya. macam air sungai, air laut. mana ada sepanjang masa pasang or sepanjang masa surut. sebab tu la yang dikatakan suka duka dalam perhubungan. hargailah orang yang korang sayangi sementara mereka masih ada disisi. satu saat, bila korang kehilangan mereka, penyesalan yang xterhingga la yang akan jadi peneman korang sampai akhir hayat korang.

p/s : jangan malu utk buang ego demi orang  tersayang. kadang2 kita jadi keras/ego sebab nak tengok sejauh mana effort seseorang utk dapatkan kita, untuk buktikan kepentingan kita dalam kehidupan dorang.. tp kalau dia buat bolayan je bila kita keras, haaa yang tu memang patut difikirkan balik samada nak still dengan dia or cari je yang baru.. tp hati perempuan nie macam kerak nasi. keras. tapi lama2 kalau selalu disiram dengan air, lembik jugak akhirnya..