paypermails.com

Friday 12 June 2015

hati perempuan

welcome back!!

okay.. nak dipendekkan cerita, kawan aku ada hello aku. mintak advices katanya. adoiii macam la aku nie kaunselor. haha katanya boyfriend dia nie tak memahami dia sebagai seorang perempuan. okay, agak kesian kat dia apabila mendapat seseorang sebagai bakal teman hidup yang tidak memahami. okay, keep it short. perempuan ni memang complicated. aku sendiri sebagai perempuan pun kadang-kadang tak memahami kehendak dan hati aku sendiri. lagi haru kan? tapi tu lah fact of reality. perempuan kadang-kadang tak tahu apa benda yang dia betul-betul nak dalam hidup dia. cuma yang dia tahu, dia nak seseorang yang boleh di category kan sebagai prince charming. yes, prince charming tu tak semestinya perlu kacak, hensem, kaya dan bergaya. cukuplah sekadar seseorang yang mampu menenangkan kita tatkala kita tengah moody, mood swing, marah tak tentu hala dan hormon tak stable. okey, ayat tu agak errr sikit kan..

tapi tu lah kebenarannya.. jadi lelaki nie pulak jangan terlalu ikutkan emosi. kalau korang dah ikut emosi, nak layan lagi dengan kepala hangin perempuan, apa kesudahannya? kesudahannya goodbye laa. aku tak aim kat sesape dalam isu nie. sebab kedua-dua belah pihak harus pandai memainkan peranan. aku ikut sample yang terdekat dengan aku. if mak aku "bersuara", ayah aku yang akan "mendengar" dan begitulah sebaliknya.. takkan ada pergaduhan atau perang mulut antara mereka. tu la yang patut kita contohi. tapi aku sendiri pun selalu lost-tempered. aku bukanlah jenis yang penyabar, jadi seseorang yang penyabar amatlah diperlukan dalam hidup aku.

nampak perempuan ni rumit kan? yupp memang super duper rumit.. bukan semua orang yang mampu menangani masalah mendalami perempuan. kenapa aku cakap camtu? yela, kalau masing-masing dah saling memahami sangat, takkan ada penceraian dan perpisahan la kan dalam perhubungan? betul kan? let's make it short. apa yang dimaksudkan dengan memahami? secara peribadinya, bagi aku, memahami nie ada sudut yang kita boleh ambik. bagi pandangan aku sendiri, memahami nie ialah pasangan kita kenal kita lebih dari kita kenal diri kita sendiri. dia tahu segalanya pasal kita. dia faham waktu senang susah kita, dan sentiasa ada di sisi kita, bukan bertujuan untuk menjatuhkan kita, tapi bertujuan untuk menaikkan semangat kita. sentiasa berada bersama kita, berjalan seiring dengan kita sepanjang waktu. bukanlah bermaksud kena sentiasa berjalan / keluar / dating sepanjang masa. tetapi bermaksud walaupun berjauhan, komunikasi tu sentiasa ada. sentiasa support walaupun dari jarak yang jauh.

memahami nie juga bermaksud dia tahu mood kita walau dengan sekadar mendengar suara kita ataupun walau dengan sepatah perkataan. yang tu memang super duper cool. kalau dapat yang jenis camni mohon jangan lepaskan sebab bukan senang nak cari orang yang tahu kehendak hati kita. next.. perempuan ni leceh. kenapa? sebab mood perempuan boleh berubah dengan sekelip mata. baru 15 saat yang lepas dia boleh bergelak-ketawa dengan kita, ehh tak sampai sesaat dia dah start moody. haaaa leceh kan? tapi kadang-kadang dia saja je nak test pasangan dia. nak tengok sanggup sabar tak dengan mood dia yang tak stable tu. mula-mula nak test, tapi bila pasangan dah sama naik nak marah, hahaha mula lah pastu jadi gaduh. adoiii. lagi masalah kan?

haaaa lagi satu. nie sikap perempuan yang memang tak boleh nak di sangkalkan lagi. aku pun ada terbaca dalam internet berkenaan sikap perempuan yang satu nie. ape dia? sikap suka mencari pasal dengan orang tersayang.. contoh? okay, mood masing-masing tengah elok. tetibe si perempuan nie saja je nak create suasana tu biar jadi hot. contohnya ungkit hal lepas ke, bercakap tentang isu sensitif yang tak digemari oleh pasangan dan tetibe je duk tanya soalan yang bukan-bukan. okay, memang niat asal korang sebagai perempuan nie konon-konon nak buat-buat marah pastu duk harapkan si pasangan korang nie pujuk. okay, tu namanya desperate of attention or attention desprado. tapi last-last bukan pujukan yang dapat, tapi herdikan dan kemarahan dari pasangan, pastu si perempuan pun terasa hati, lalu betul-betul merajuk. hahaha.. bila tengah marah, macam-macam pulak yang perempuan keluarkan termasuklah 'it's over la', 'the end of us laa' and so on.. 

lelaki yang sayangkan pasangan dia nie akan mengalah bila perempuan dah merajuk. pastu bermulalah adegan pujuk-memujuk. kalau tak dipujuk alamatnya berkuburlah hubungan itu. dan cycle yang sama akan berulang..hati perempuan nie memang sukar nak ditebak. hanya pemegang kunci hati je faham kehendak hati pasangannya.. siapa cakap perempuan takde ego? siapa cakap perempuan nie hanya insan yang lemah yang hanya tahu mengalah? ego perempuan nie tinggi sebenarnya. cuma depends pada diri perempuan tu. ada yang jenis suka memendam, ada yang jenis suka meluah, ada yang jenis suka dimanja dan dibelai dan ada jugak yang jenis kasar pada luarannya tetapi hanya sesetengah orang je yang dapat rasakan kemanjaan dan kemesraan yang ada pada dirinya.

kadangkala sebab tak sebut nama pun boleh jadi isu. contohnya aku ada dengar cerita dari orang sekeliling aku nie lah yang pasangan dia nie susah nak panggil dia dengan panggilan manja. tu nampak isu kecik je, tapi kerana isu tu dorang bertekak. bergaduh. nampak tak? complicated nya perempuan nie. tapi nasib baik lah dia nie jenis yang straight forward. kalau ada masalah atau tak puas hati, terus disuarakan pada pasangan. kalau yang jenis memendam tu, memang selalu makan hati lah apabila pasangan tak memahami rasa hati. tapi secara peribadinya aku lebih sukakan orang yang berterus-terang dengan kita. jadi kita tahu kehendak hati dia, kita tahu apa yang dia mahukan dari kita, dan kita tahu mana halatuju hubungan kita..

susah kan nak memahami perempuan? tapi sebenarnya ada je lelaki yang boleh memahami perempuan. amazing kan? lelaki amazing macamni satu dalam seratus. kenapa aku cakap macamtu? he can tell her feeling by reading her text! he can tell her mood by hearing her voice! super amazing cmalee.. kita cakap "em" dia tahu apa yang kita mahukan. kita cakap "k" dia tahu apa yang kita maksudkan. kalau korang jumpa orang macamni, janganlah sesekali lepaskan. kalau jual mahal sikit-sikit takpe, tapi jangan sampai terlepas.. free advice tu. haha..

okay, so to girls, good luck dalam misi pencarian pasangan yang memahami dan menerima kita seadanya.. to guys, be patient dalam melayani dan memahami pasangan masing-masing. kita nak orang fahami diri kita tu senang je. kita kena belajar untuk memahami diri orang lain barulah orang akan lebih terbuka untuk memahami diri kita. as simple as ABC tapi yang sesimple ABC tu lah bukan semua orang boleh buat.

p/s : currently listening to "shades - jangan kau ucap selamat tinggal".. nak casing fon lawa + jacket jeans selaiiii.. arghhhh craving for delicious food.