paypermails.com

Thursday 11 June 2015

coret-coret

hello guys.. i'm back! 

harini aku nak story pasal aku. yuppp! aku! diri aku! hidup aku sekarang entahlah. nak cakap terumbang-ambing tu macam x sangat. sebab aku still dapat manage diri aku. tp so far, aku rasa macam lost gile. duduk jauh kt tempat orang. yela, aku bukan pernah duduk luar dari negeri sendiri pun. paling jauh aku stay pun masa duk UiTM dulu. tu pun still dalam negeri sendiri lagi.

kat tempat baru nie aku kena pandai2 masuk tempat orang, ikut flow orang, asalkan jangan terkena culture shock. Alhamdullilah so far aku masih lagi terselamat daripada tergolong dalam golongan mereka yang terkena culture shock. Kawan2 kat sini? ada yang OK dan ada yang KO. ada yang hanya tahu ambik kesempatan atas kesulitan kita dan ada yang dirasakan boleh bergantung walau sedikit kepada dirinya. tapi secara jujurnya aku kat sini takde la bergantung kepada orang sangat. sebab everything aku boleh handle sendiri. opsss bukan boleh actually. tapi terpaksa handle sendiri. terpaksa buat everything by my own. kadang2 nak gi mana2 tempat yang aku x pernah pegi pun kena pergi sendiri. travel alone. tapi takpe. pengalaman yang akan mendewasakan kita. kalau kita asyik depends pada orang lain, bila nak maju kan? 

duduk kat sini kena pandai2 pilih kawan. bukan semua orang yang boleh dibuat kawan. kena banyak hati-hati dengan orang sekeliling. sebab? sebab masing-masing pandai mengaburi mata kita untuk ambik kesempatan atas kesusahan kita. kadang-kadang kita rasa dia boleh bantu kita untuk lebih maju, padahal hakikatnya takk! manusia yang jenis nie dah banyak aku jumpa. dah serik nak terpedaya dengan spesis malaun macamni. yang hanya pandai menjatuhkan kita depan orang lain. yang hanya tahu menggunakan kita untuk kepentingan sendiri.

yes. aku akui bukan semua yang aku jumpa kat sini spesis macamni. setakat nie hanya ada beberapa orang sahaja yang aku boleh iktiraf sebagai mereka yang boleh dipercayai. aku bukanlah jenis yang mudah percaya. sebab tu susah untuk aku mempercayai. tapi, bila aku dah percaya, haaa yang tu susah, sebab aku akan betul2 percayakan orang tu. tu lah masalah aku. tapi setakat ni, selain ahli keluarga aku, ada seorang jejaka yang memang aku percaya dari dulu, kini dan in future too. InsyaAllah. Empunya diri tu? sudah semestinya si jejaka Che Mohamad Asyraf. semoga kepercayaan yang diberikan tidak disia-siakan.

okay, berbalik pada topik asal.. berbulan2 duduk kat sini dah dirasakan macam bertahun-tahun.. eagerly waiting untuk apply tukar balik negeri asal. tapi.. aku ada target sebenarnya. target aku? ambik exam, pass exam, apply utk exam naik pangkat, lepas naik pangkat, apply tukar. so mungkin makan masa bertahun jugak la aku duk sini baru aku tukar. who knows kan berapa lama? InsyaAllah segala yang berlaku, terjadi, ada hikmah di sebaliknya. siapalah kita untuk menafikan takdir, untuk melawan kehendak Ilahi? kalau ada rezeki, InsyaAllah ada. tapi kalau sebaliknya, just tunggu dan lihat saja laa. setakat nie tu target aku laa. dapat ke tidak mana nak tahu kan? yang penting usaha tu ada..

poyo je ayat. okay lah, sampai sini jela entry kali nie. aku nie kena tolong pegawai buat semboyan pulak nie. jangan tak tahu, kalau kat sini semboyan tu maksudnya surat jugak la kalau dalam bahasa tak rasmi. aku ni pulak masa mula-mula masuk keje dulu ingatkan semboyan ni adalah semboyan yang duk jadi alat muzik dalam tv tu.. sebab aku teringat lagu "semboyan telah berbunyi, menuju medan bakti" hahaha. lagi jahat kan.. 
okay la, ni je kot untuk kali nie. good bye peeps.

p/s : bukan mudah untuk mencari yang memahami. sekiranya dapat, usahlah lepaskan. bukan mudah mencari kasih dan sayang yang sejati. seandainya dapat, usahlah dipersiakan. mungkin saat ini kita masih belum mengerti tentang kekuatan yang tersembunyi, namun ketahuilah bukan semua yang kita nampak buruk itu memang tak baik untuk kita. bukan semua yang baik di mata kita itu baik juga pada hakikatnya. kadang-kadang orang sengaja menguji kemarahan kita dengan pelbagai cara. bukan niat untuk dijadikan bahan tabung uji, tetapi berniat untuk mencari keserasian dalam diri.