paypermails.com

Friday 18 December 2015

saat hati merintih

hidup ni umpama roda. kejap kat atas, kejap kat bawah. kita sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran perlulah sentiasa berfikiran secara waras, bukannya berperangai setan yang membuta tuli je nak salahkan orang lain atas kesalahan diri sendiri. sedarlah, kita di dunia ni hanyalah sementara je, berbuat baiklah sesama manusia. memang diakui, bukan semua manusia mampu menerima diri kita seadanya. dari segi percakapan kita, perbuatan kita, tingkah laku kita dan sebagainya, tetapi sebagai seorang insan yang tak sempurna ni, kita haruslah terima kelebihan dan kekurangan diri orang lain, bukanlah dengki, iri hati, nak jatuhkan orang lain sesuka hati. 


memang! bukan semua orang suka kita. percayalah, walau sebaik mana pun kita, walau sekuat mana pun kita, kita takkan mampu nak berhadapan dengan manusia yang kerjanya hanya nak menjatuhkan kita je. walau kita berbuat sehabis baik dengan orang lain pun, akan tetap ada manusia yang simpan perasaan tak puas hati terhadap kita. jadi, cara yang paling senang, paling selamat, just be yourself. biar jela sesape yang tak suka kita. asalkan kita tahu apa yang kita buat, kita lakukan tu betul. 



yang paling menyakitkan hati, ketam nak ajar anak dia berjalan dengan betul padahal dia sendiri yang jalan senget. macam bangangggg! apa boleh buat. rasa diri sendiri tu dah terlampau perfect, terlampau bagus sampaikan orang lain pun semua nampak tak sempurna di mata dia. bayangkan, tanpa sebab kau diadili, ditengking, dihina, dimaki bagai tiada maruah diri di depan khalayak ramai. kau disindir tanpa kau tahu sebabnya. kadang-kala kau tak faham sindiran yang dilontarkan sehinggalah kau terdengar ayat-ayat yang menyebabkan kau tahu yang sindiran dan kata-kata kasar tu dituju kepada kau. agak menyedihkan bila orang tak suka kau, tapi kau tak tahu kenapa dia tetiba dingin, tak suka kau. kau tak dapat nak pikir kenapa dia tetiba nak marah kau, bencikan kau. kau tak tahu siapa yang jadi dalangnya, siapa yang mulakan segalanya, hingga kau jadi mangsa. mungkin ada yang  menjadi pengadu - domba dan musuh dalam selimut, yang tak boleh nak tengok orang lain senang dan tenang. sabarlah duhai hati. sentiasalah bersangka baik.



serious aku tak kuat. aku tak kuat nak hadapi keadaan ni tanpa mereka. tanpa dua orang kat sini yang mampu buat aku gelak even bila melibatkan perkara-perkara yang bodoh. kak A dan kak N, terima kasih kerana banyak bagi semangat sepanjang saya kat sini. terima kasih jugak dekat #CMA yang jadi tempat luahan aku, terpaksa telan kemarahan aku, kedinginan aku, masalah aku dan suka duka aku. Thanks ma abah sebab banyak bagi sokongan moral dan nasihat yang berguna. serious kadang-kadang aku tak mampu untuk jadi seorang yang kuat. 



p/s : when this world gives me thousand reasons to cry, i still choose to do my best and keep smile. i need your warm hugs and kisses to comfort me. i miss you so much.. :'(