Thursday, 27 October 2016

goodbye friend

hai haii..

dah lama kan aku tak jengah blog aku ni. ai rasa dah berdebu bersarang berhabuk dah ni.. tengok last post pun last year. uishh lama betul kan? hmm post ai kali ni berkisar pasal someone.. someone yang nak tinggalkan aku dah. huuu sedihnyaaaa :( 


wait! dia nak tinggalkan aku sebab dia nak pindah okey. tapi bukan sebab kitorang gaduh, bertumbuk, bertarik rambut bagai tau. tapi sebab dia nak pindah duduk dengan kakak dia yang  baru je dapat duduk kuarters kat Gombak. tapi actually, good for her since dia ni still lagi seorang student. ehh jangan confius camtu. memang la dia student, tapi dia praktikal kat KL, tu pasal la dia sewa kat rumah aku.. at least bila dia duduk dengan kak ana (kakak dia la tu), dia boleh save budget bahagian sewa rumah, makan dan shopping, of course. mesti sepanjang duduk dengan kak ana tu, kak ana akan belanja semuanyaaa.. hahaha untung badan.. :D


siapa tu orang tu? of course la bukan encik kesayangan aku. orang lain okey. nama budak tu amirah, tapi aku panggil dia mesra manja, mirah je..kadang tu kitorang ber i you je..takpun saya awak je.. hehe. budak ni baik orangnya. serious tak tipu. dia ni yang rajin terlebih nak layan kerenah aku, marah aku, sakit hati aku, ikut je semua selera aku even kadang-kadang aku tahu dia tanak makan benda tu, tp dia still ikut je ape yang aku nak makan. hahaha. kesian dia. aku kenal dia tak lama, tapi plus minus setahun laa. but satu yang special pasal dia, even aku dengan dia kenal tak lama, but aku rasa macam serasi plus ngam sangat dengan dia.. 


senang cerita, aku boleh cakap dia ni boleh masuk dengan kepala aku. sebab tu aku rasa serasi dengan dia. betul kata orang tua-tua, nak kenal kawan yang boleh harap ni tak semestinya perlu makan bertahun masanya. kadang-kadang orang yang kita baru kenal tu lebih bagus berbanding orang yang dah lama kita kenal. amirah ni bagus orangnya, baik budaknya. kenapa aku cakap macamtu? sebab if aku tak larat or penat, aku letih, tak larat nak iron baju, dia akan tolong ironkan untuk aku. kadang-kadang aku main hentam je pakai tudung dia yang dia dah iron bila aku malas nak iron tudung sendiri, but guess what? dia cool je tak marah, tak kisah bahkan dia pulak yang tolong volunteer bagi aku pakai tudung dia. bukan tu saje tau, if aku tengah lapar, tapi dia dah kenyang, pastu dia teman aku pegi makan, dia mesti kena makan sekali. kenapa? sebab aku paksa dia makan, kalau tak akumerajuk tanak makan. hahaha. time aku sakit-sakit badan, budak ni la yang selalu massage aku. free weh haha. pastu kalau aku nak gi mana-mana, shopping ke ape ke, dia x banyak kerenah dan tak keberatan nak teman aku if dia free. sebab tu aku sayang dia. 


ohh.. budak ni muda dari aku tau. tapi dengan dia, aku jarang rasa yang aku ni kakak pada dia. aku rasa dia ni sebaya aku je. kenapa aku rasa camtu? mungkin sebab bagi aku, walau dia muda, dia berfikiran secara matang. jauh berbeza dengan umur dia, tapi tipu la kalau dia ni matang sangat sebab dia punya sifat budak-budak tu still ada. siap boleh mandi hujan dengan aku lagi. hahaha.. time aku sakit, dia la yang carikan ubat dalam kotak ajaib aku, siap tolong hulur lagi kat aku. tolong basuh dan angkat baju aku dari ampaian masa aku balik kampung. banyak budak kecik ni buat untuk aku. 


aku bukan takde kawan lain dah, jangan salah faham tau. aku ade je kawan lain dalam rumah sewa aku tu, tapi untuk rapat-rapat memang aku tak mampu sebab tak sekepala dengan aku. satu lagi, bagi aku, tak guna kalau berkawan ramai-ramai tapi tak berguna hahaa kasar kan ayat tu? tak berguna tu maksud halusnya tak boleh nak diharap time aku susah. time senang je nak bersama, tapi time susah sengsorang. haa satu lagi, budak amirah ni jenis hormat orang tau. walau dia rapat dengan aku, tapi dia tetap hormat aku. dan bila orang hormat aku, aku pun hormat dia..


and for me, quality wins over quantity.


kepada amirah or myra man'aeza, akak sayang awak. seriously.. awak baik sangat. awak ambik berat pasal akak. awak sentiasa ada untuk akak. awak tempat akak luah segala perkara. bila dengan awak, akak selesa bercerita, berkongsi segalanya dengan awak. akak tak kisah basuh baju semesin dengan baju awak sedangkan sebelum ni akak tak suka share macamtu dengan orang lain. hahaa mungkin sebab akak nampak awak ni pembersih orangnya jadi akak rasa tak geli nak share pape dengan awak. walau setahun je masa spend dengan awak, tapi banyak kenangan ai dengan awak. thanks for everything, you. be a good dental surgery assistant. buat kerja biar ikhlas, sentiasa tersenyum dan sentiasa komited dalam menjalankan tugasan. i'll miss you. thanks for all those sweet memories even it is just for a while.





psstttt : buat encik kesayangan, jangan merajuk tau, ai pun sayang awak jugak. thanks jugak sebab sentiasa ada dengan ai dan support ai dari segala sudut dalam tempoh 5 tahun ni. <3