paypermails.com

Wednesday 11 April 2012

bahana lilin..

bahana lilin, bilikku terbakar.. dah la tidur mati, mujur family aku sedar yang bilik aku penuh dgn asap.. ni sume blackout punye pasal.. alhamdullilah, aku masih diberi peluang untuk hidup pada hari ini.. thanks YA ALLAH..


tapi effect asap kelam lam bilik aku tu sampai sekarang masih terasa.. kepala rasa sangat2 senak, rasa sesak nafas, lemah badan. mungkin sebab badan aku x cukup oksigen kot utk keluarkan seme asap2 yang aku telan semalam.. bayangkanlah, aku langsung x sedar pasal benda nie. tidur mati punye pasal. nasib baik aku masih hidup..

aku sedar pun bila ma aku ketuk pintu bilik aku kuat2.. kalau  x, memang x la nak sedar kann.. bukak2 je pintu, abah aku dah sediakan air untuk simbah kat api tu. nampak sangat memang dah aim api tu dari bilik aku.. lilin tu sebenarnya abah aku yang nyalakan.. before tidur, abah aku dah letak lilin tu atas kepingan besi.. tapi kepingan besi tu pulak diletakkan atas bekas plastik.. haaa tu la penyebabny. berdekatan area tu pulak, ada botol plastik. benda2 nie la yang jadi pemangkin utama bilik aku dipenuhi asap kelam semalam..

em berdenyut pulak rasa kepala aku nie. so guys, i guess setakat nie je la aku cerita sal bad experience aku nie. tragedi nie memang aku akan ingat sampai bila2. yela, first time kot nyawa aku nyaris melayang disebabkan benda alah camni.. nie la namanya dugaan hidup. 

peristiwa nie la yang ajar aku supaya lebih berhati2.. lepas nie, sumpah tanak pasang lilin dah kat dalam bilik before tidur biarpun blackout. auchh trauma beb.. nak tidur kejap, rehatkan kepala, tenangkan fikiran.. good morning peeps.. have a good day.. :D

p/s : permulaan hari yang teruk dan menyeramkan.. T_T