paypermails.com

Monday 23 April 2012

kenapa ada jerawat di bahagian tertentu??

sebenarnya aku tade hati pun nak update entry hari ni.. memang terasa sangat2 bosan malam nie, tapi gitu laa, malas.. tapi tetiba aku ter'click' link blog aku yang memang aku dah bookmark kat bookmark bar lappy aku nie.. so aku pun merajinkan diri laa untuk update entry hari ni.. 

actually entry hari nie bukanlah berkisar pasal life aku ke, any stories or whatsoever, tapi just kepada aku nak share pengetahuan aku kat sini.. maybe dah ramai yang tahu sal info nie, mungkin laa aku agak ketinggalan, tapi tak salah kan lau setakat menaip kannnnn?
okay laaa, HERE WE GO!! 



DAHI - Jerawat di dahi disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.


HIDUNG - Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi.


DAGU - Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

 

PIPI KIRI - Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.


PIPI KANAN - Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.


PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN) - Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan ikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

so how?  bagi sesape yang ada masalah jerawat tu, perhatikanlah yang mana kategori korang. okayyy? bye..