paypermails.com

Monday 31 March 2014

aku saksi accident??

assalamualaikum guys.. 

harini aku kembali lagi singgah kat wall blog aku nie. xtahu ape semangat yang merasuk aku malam ni utk menaip email dan password blog lalu men'sign in' kan diri yang manis letinggg nie. *bab perasan dah dtg. opsss.. hihi.. okay, lupakan pasal manis susu or manis gula tu. so dalam kesibukan dan kebimbangan aku pasal insiden yang menimpa #MH370, aku sempat jadi saksi kepada satu kemalangan nie. kemalangan nie betul2 berlaku depan mata aku. memang scaryyy gilaa2. tp aku nak ingatkan, nie bukan pasal airplane ke ape2 plane nie, nie pasal MOTOR ACCIDENT.. kesian gilaa kot kat si penunggang motor nie. 

alkisahnya bermula bila hari tu hari sabtu, alaaa sabtu baru2 nie tu, yang time mak ayah sume duk sibuk memenuhkan jalanraya dan menyesakkan trafik lalulintas dengan menghantar anak memasing balik ke hostel. *ape punye ayat daaa. macam berbelit2 je*.. time tu ada la satu kereta nie, myvi merah darah ikan plat "W xxxx A", huruf je yang aku ingat, number kat tengah2 tu aku x ingt, so aku gantikan dengan xxxx tu. si pakcik sekitar awal 50an bwk myvi nie bajet2 kuala terengganu nie ala2 KL la kot, KL tu stand for Kuala Lumpur, bukan Kandang Lembu okay! pakcik myvi nie dengan steady buat u-turn kat tengah2 jalan tanpa pndang kiri kanan, dengan signal x bagi, terus redah. nak dijadikan malang buat si penunggang motor EX putih plat TBK xxxx nie yang tengah bawak moto dari arah btentangan dengan kelajuan biasa dan tgah bawak kat line jalan yang betul, try la nak elak si myvi nie.

malang x berbau bagi si pembawak EX nie.. lepas dia bjaya elak myvi tu, dia jadi hilang kawalan lalu terbabas. haaa masa nie la dia buat brek kecemasan. tp kebetulan pulak masa tu, kawasan yang dia terbabas tu kawasan berpasir dan ade pulak sebuah lori tengah parking kat situ. for your information, lokasi lori tu parking memang tempat parking lori kalau dorang nak berehat. so si driver lori nie x salah. lepas dia buat brek kcemasan dan tgelincir kat kwasan bpasir tu, badan dia melayang ke hadapan, memang betul2 kena pada belakang lori. motor dia dah tercampak kat sudut jalan. nampak x jarak dia kat situ? yang ajaibnya motor dia x rosak pape or pecah pape, dia je yang langsung xleh nak bgerak, tp still hidup okay!! 

yang aku bengang, driver myvi nie x mengaku salah dia u-turn gitu, tp dia salahkan si mangsa nie sbb bwk laju katanya. sedangkan aku sendiri yang saksikan kejadian tu dari awal dia u-turn sampailah mangsa nie dibawak pergi oleh Pertahanan Awam. kami semua panik kot sampai x sempat nak ambik no plat kereta myvi tu. yang aku hangin sangat, si driver myvi nie blah macamtu je. aku yakin driver dia orang luar kalau tengok dari cara percakapan, gaya, lagak sombong dan plat kereta. mesti tertanya2 nasib si mangsa nie kan?

sedih utk aku cakap kat sini yang setakat harini, mangsa dah 2x koma. kali pertama koma waktu dihantar ke hospital, keesokkan harinya dah sedar and today dah koma balik. menurut abang mangsa, keadaan mangsa sangat2 teruk sekarang. banyak inner injuries such as kat cedera buah pinggang, paru2, tulang betis dan rusuk patah and pg smalam baru je pihak hospital buang darah beku pada paru2 mangsa. sama2 lah kita doakan supaya mangsa akan pulih seperti sediakala. InsyaAllah.. Amiin :)

p/s : nak kemeja jeans selaii pleaseeee~