paypermails.com

Friday 31 August 2012

dugaan bulan syawal..

hoho.. da lame aku x update mende alah nie.. bukannya ape.. hari sabtu minggu raya tu aku dah start sakit sebenarnya.. sakit yang aku sifatkan paling teruk yang pernah aku alami.. kenapa? sebab kerana sakit tu, badan aku dh jadi kurus.. ( mengikut pemerhatian dan pengaduan orang awam la tuu.. bukan aku yang perasan okeyy! ). aku syg wooo lemak aku tu.. :'(

camne la lemak2 tu x hilang, hampir seminggu keje aku muntah dgn cirit je.. asal makan, muntah. minum muntah. makan ubat, muntah. minum air pun muntah. air zamzam pun aku muntahkan balik. sampai kosong perut aku pun tetap muntah. inject dah sana sini, dua2 belah lengan aku kena inject, masuk air la, masuk ubat la, antibiotik la, ubat tahan muntah la, ape laa... pdahal sakit x baik2 pun.. lebam kat tangan aku nie haaa still membiru lagi, xhilang pun lagi. haihh. kesian kan kat aku.. :(

okey, tutup isu lemak.. tertanya2 aku sakit ape yang kedengaran nazak sangat tu? aku kena food poisoning, jangkitan kuman dalam dalam, masalah pulak dengan buah pinggang dan kekurangan air yang terlampau dalam badan.. haaaa camner leh jadi banyak sangat penyakit tuh?? aku pun heran, sedangkan selama nie aku sihat wal afiat je.. kena pulak admit kat hospital. kawan2 ramai merungut x sempat gi melawat, aku dah mintak discharged awal.. sorryy la sayang2 sume. bukan tanak tunggu you all kat hospital tu, tp bagi aku hospital itu tempat yang paling menyeksakan!! panas! xleh minum ais!! toilet jauh!! urghh xsuke!!

baik aku stay kat rumah. hampir seminggu aku terlantar kat tilam tu, mujurlaa ada dua orang bidadari kesayangan aku yang setia nak jaga aku. layan dan belai aku macam anak kecik. sungguh rasa sangat disayangi dan diperlukan.. nak tahu gerangan bidadari yang aku maksudkan tu? mestilah bonda dan kekanda tersayanggg.. dorang x jemu2 jaga aku, abah pun sama.. thanks to family aku sebab bersusah-payah nak jaga aku sampai laa aku rasa dah sihat sekarang *padahal badan still rasa lemah*.. tapi aku rasa 'bertenaga' macam KUAT HARIMAU.. hahaha..

thanks jugak kepada cm asyraf sebab ambik berat pasal kesihatan aku, belebe bila aku makan mende2 yang mengarut (sebijik macam akak aku).. tapi aku tahu, baik cm asyraf ataupun family aku, dorang jaga pemakanan aku bukan sebab nak seksa aku, dorang just nak aku betul2 sembuh, nak tengok aku cergas macam sediakala.. thanks to all.. <3

okay tu je, now aku nak bukak buku eco. study utk test eco hari isnin nie. ahad ade presentation, isnin test eco, selasa quiz hr, rabu test finance.. COMPLETE WEEK.. HAHA! adiosss. bye